10.02.2012
ini mungkin entry cliche bagi seorang perempuan yang lazimnya sensitif terhadap berat badan.
.confirm.
sah~ =.=)"
bila balik kampung, mereka kata saya dah bulat.
bila jumpa kawan lama di KL tempoh hari, dia kata saya dah naik.
(oh, dia siap pegang-pegang lengan saya lagi mahu uji konon-konon memang terbukti saya dah naik)
bila kawan saya tegur dalam emelnya "lama tak nampak awak, dah berisi sikit yea.."
dan minggu lalu, bila ofismet semua tegur kata "fara, pipi awak dah nampak naik la.."
haha.
dengan suka hatinya memang saya mengaku.
"a'ah, dah naik sikit."
tapi alhamdulillah, masih di tahap ideal weight lagi.
tapi, macam risau pulak. sebab tempoh hari bila berjimba dengan family di Gunung Lumut main tangkap-tangkap gambar
saya dalam gambar memang nampak berisi sedikit.
frankly speaking, nampak tak molek.huu~
boleh tak nak menjalankan misi semata-mata untuk nampak molek bila attend wedding cik wa & cik irda lagi 2 minggu?
boleh sempat turun ke?
adoi!
p/s: let's wait and see. tapi sebenarnya saya selesa menjadi diri saya.
misi untuk hari itu
Labels: Sok-sek
dia yang biadap.
asoh itu biadap sungguh.
Seriously lepas ni, lepas pegi stall atau gerai atau outlet mana-mana
bila orang sales dia approach kata begini,
" cari apa kak? "
atau
" apa mau dik? "
aku mahu kunci mulut.
tak nak cakap apa-apa.
tengok-tengok. jalan-jalan sikit. dan bila rasa tiada intention untuk beli, aku mahu blah saja.
tanpa ganggu sesiapa.
sebab nya,
aku sudah terkena.
tempoh hari lalu, bila di kuala lumpur.
atau dengan spesifik nya lagi berani mati di Sungei Wang Plaza.
mahu spesifik lagi? di tujukan khas kepada asoh yang jaga stall kecik depan kedai Matsuda.
memang niat asal mahu sight seeing, usha-usha dan lihat-lihat apa menarik di kuala lumpur.
kut-kut ada barang rare yang interesting boleh buat tambah-tambah informasi dan boleh dibeli.
dan ketika itu, aku menemani rakan sekerja aku usha-usha kedai aksesori wanita.
bosan.
sebab aku dah habis round dan dah beli apa yang patut dari kedai itu.
ye, murah.
dek kerana mahu hilangkan bosan menunggu, aku merayau-rayau di stall kecik yang bersepah depan deretan kedai.
memang takde intention.
dah katanya merayau-rayau kan?
tapi mulut aku ni sangat pemurah.
tak sampai hati bila orang bertanya, takkan aku hanya diam seribu bahasa?
sampai saja di kedai asoh,
aku belek-belek earphone jenama sony.
dalam hati, confirm ciplak punya - tak ori.
belek-belek lagi, eh.yang ada semua untuk sony walkman.takde pulak untuk handphone sony yea.yang ada cucuk kangkang tu, bukan cucuk bulat.
dan di sinilah asoh itu bertanya,
" mahu cari apa"
aku kata, " saya tengok-tengok dulu "
aku kalih ke bahagian kiri.
ada benda menarik, aku datang dekat sedikit dan hampir mahu pegang.
" itu untuk i-Phone 4, you ada i-Phone ke? kalau takde tak payah tengok! "
.
.
.
p/s: Asoh, sila jangan saman saya, saya orang miskin. Sebab tu i-Phone 4 pun takde.
Labels: Sok-sek
encik, tolong jangan emo yea.
kadang-kadang aku konfius.
bagaimana mahu melayan.
melayan dalam erti kata,
" aku nak layan mamat ni ke tak? "
karang aku layan tapi deep down tiada intention apa-apa pun kena sumpah jugak.
bak kata orang, jangan main dengan hati..
karang aku tak layan ada pulak yang kecik hati.
mencik gua!
masa tu la ade yang nak buat statement
" maaflah, saya tahu awak tak sudi nak berkawan dengan saya "
so lame excuses.
lepas tu taktik mengorat yang macam tak masuk akal.
bila ditanya mana dapat no fon,
antara jawapan,
" saya tak dapat mana-mana "
" saya try-try dail je, tak sangka pula awak angkat "
" saya pun tak tahu, sebab no awak ada dalam phonebook saya "
p/s: hanya ambil keputusan untuk diam sahaja. kamu call sekali tu je la aku layan. kamu sms sekali tu je la aku layan. selebihnya aku tak mahu ambil tahu.
Labels: Sok-sek
cair, tanpa chocotop?
that day aku tengok ulangan separuh akhir muzik-muzik 25.
terpaku.
freeze.
oh, gile cair aku depan tv.
.
.
.
tak tahan aku tengok mamat chinese look ni.
adoi!
dengar suara pun sudah menggoda.
ah, masak.
masak aku ni.
p/s: aku dengar lagu die je tetiap-hari-pergi-balik-kerja, download album "Langkah..." letak dalam pendrive tinggal cucuk saje pada cik chenta.senyap & hayati semua.
Labels: cik chEnta* , Sok-sek
KL, here i come!
owh, saya betul-betul sangat merindui KL.
this week i'm attending 4 days course at KL.
staying in a hotel near PWTc and the course held at Star Hill.
saya betul-betul sangat merindui KL.
reminiscing the moment riding Monorel and LRT.
such a beauty view.
saya betul-betul sangat merindui KL.
still same as before, with several construction and improvement here and there.
yet still the same. alive~
saya betul-betul sangat merindui KL.
mesmerizing with the scenery.
feel the adrenaline of the productivity.
yet, saya betul-betul sangat merindui KL.
saya di sini.
menghayati dan akan kembali lagi.
p/s: saya pasti kembali. mahu meronggeng di sini.
Labels: Sok-sek
ini entri yang tidak dirancang gara-gara lagha melayari facebook
Alhamdulillah, saya officially warga Kulim (Malaysia) Berhad.
(sila baca tanpa ada nada-nada berlagak, takbur dan riak di situ)
sekarang,
- saya sakit otot peha dan betis yang membengkak gara-gara momentum terlebih yang dipamerkan semasa hari sukaneka tempoh hari
- saya sangat biziiiii menyiapkan working papers setelah pulun menghabiskan semua visit schedule 2011 straight selama seminggu
- saya mengira-ngira serta mencongak-congak hari bila masa untuk menonton SONGLAP pula
- saya mengeluh-ngeluh bila la boleh beli handbag yang menepati citarasa diri sendiri sebab aku-dah-penat-nak-pergi-servey2-lagi dan aku-dah-round-jusco tebrau-tesco tebrau-bandar-tiram-serta-kluang parade-dan-kluang mall
- saya sendirian di bilik sebab roomate ke terengganu meraikan C Day bakal suami dan malam ini tido dengan perasaan gembira ala-ala seronoknya-aku-dapat-conquer-katil-queen-itu
- jb hujan, tidak berhenti hari ini. dan saya sejuk. tapi seluar panjang semua belum basuh.haissh, terpaksa la pakai short dan bergomol-gomol bersama comforter yang sangat comfort itu.hue~
p/s: hati saya bercampur baur hari ini. tidak tahu mengapa.malas mahu tanya lebih-lebih pada hati, lebih baik tanya sama pokok je.eh?
Labels: frOm da heaRt , Sok-sek
Shida's Wedding
last 2 weeks i'm headed to Hulu Bernam, Selangor.
which originally dunno where on earth it is.
located by google maps it was near tanjung malim.
ok, that's almost near to Perak.
for one reason. attending our bff's wedding ceremony - shida
the journey lasted smoothly with only once we've got lost.uhu.terrer tak? ^^,
cheh, taken to wrong highway exit due to confusing of the flyover.hurm~
no worries, we've got the pro-driver.
tq to cik wa's beloved fiance ^^~
be a faithful driver long way the journey.
haish, mesti penat gile ia kan sampai JB.
the thing was, it's really jauuh!
journey only surrounded off with subhighway and then turn to jalan-bengkang-bengkok-sangat-sesuai-untuk-drift till reach the Felda Gedangsa.
nevertheless, we're still happy though for shida.
could only gather me, cik wa and cik irda.
cik sal can't make it as she was the 'artist' at her corporate's annual dinner
whilst puan bel was on her maternity leave.
p/s: pray for their everlasting happiness in this world and the Hereafter.
Labels: [ eveNtsSss ] , Sok-sek
alkisah burung.
salah aku ke?
menikmati perjalanan kluang-tiram melalui bandar tenggara
pecut 100 ke 120 km sejam.
ala-ala takut tak sempat nak masuk kerja jam 8.30pagi.
tetibe,
gedebuk, gedubuk..
em.confirm mati.
soalan.
bird fly or walk?
should i horn when i saw it walk?
should i stop, brek maut to make way for the other 2 of them to walk pass by the road?
sampai di office.
bajet confirm ade darah punye dekat bumper depan.
sudah lah putih, takut warna merah darah itu mencacatkan body cik chenta saja.
belek,belek.
sah.
mesti mati punya.
ada darah sikit dekat side lampu kanan.
syukur cik chenta tak cedera.
balik ni kena basuh kereta la nampaknye.
p/s: sumpah, bird should fly kan? mane boleh suka hati nak berjalan-jalan riang atas jalan raya, pastu bila nak fly away cam dah tak sempat nak angkat kepak, terbang separuh. tapi yang kau ikut kawan kau terbang menghala ke kiri tu kenape. apa salahnya terbang ke kanan.nantikan bertemu jua. ini tidak, sia-sia. dah mati.haish~
Labels: Sok-sek
sialan lah!
awas, ini entri emo.
saya menahan marah dari semalam.
sialan lah dia itu.
sedikit maaf pun tidak ada.
ada ubi ada batas.
mujur langsung dari tangan Zahiril Adzim 'Bogel Menuju Tuhan' menyejukkan hati saya.
damai setelah membaca.
p/s: sejak bila pula saya sebegini. mungkin gejala ala-ala mahu bertukar menjadi warewolf kot.
Labels: Sok-sek


