Alhamdulillah, diberi peluang untuk dipertemukan dengan Ramadhan sekali lagi. Sehari sebelum Ramadhan, meraikan suasana panas dengan menyejukkan tekak bersama aiskrim :))
Dengan kedatangan Ramadhan bulan yang penuh dengan rahmat dan kebaikan, didoakan dikurniakan sepenuh kekuatan untuk menempuh segala ujian, dugaan yang diberiNya pada makhlukNya yang mampu. Dipermudahkan segala urusan di dunia demi mengejar indahnya syurga.
Mengalirnya butir mutiara saban hari, memujuk hati bahawa ini tanda sayangnya Dia pada diri. Sesaknya dada menahan sarat kebimbangan, menahan pedihnya bebanan. Semoga Ramadhan kali ini akan sama dengan Ramadhan sebelumnya, bersama bahagia. Dan lainnya Ramadhan kali ini, dipanjatkan doa semoga dia masih hak milik kami.
...