Showing posts with label cik chEnta*. Show all posts
Showing posts with label cik chEnta*. Show all posts

sightseeing kuala lumpur.

02.05.2012


hari cuti, dan berjalan-jalan di kuala lumpur.
main attention, KLIBF at PWTC.

Pavillion and KLCC.

not much money spent.huhue~ :)
berjaya dijimatkan.hee.

and i discovered something.
tak tahu pula ada Jejantas Pejalan Kaki dari Pavillion to KLCC.
pity me, rasa macam ketinggalan zaman sangat.haha!

jalan-jalan dengan si hero yang berlangkah kaki besar,
hampir-hampir mahu ke Aquaria KLCC tapi kesuntukan masa
dek kerana sudah booking tiket The Avengers at Pavillion.

perjalanan pulang, train had been delayed for 1 hour.
terasa ngantuk hingga tersengguk-sengguk.
mujur seat dalam train tiada partner di sebelah.
jadi boleh buat kuak apa pun yang aku suka masa membuta.
slightly frustrated sebab bed seat semuanya fully booked.

maka, mendarat di kluang jam 5.25 a.m.
berjalan kaki hingga ke Kampung Melayu untuk bertemu cik chenta.
drive safely and arrived home at 6.05 a.m.


p/s: kadang-kadang berjalan-jalan dengan si hero itu seronok. macam zaman dulu-dulu bila kami sama-sama treasure KL. tapi penat sebab dia langkah besar, and i need to double up my step. (- -,)

garang macam singa

26.03.2012

setelah setengah hari lepak dengan dia,
saya memberanikan diri bertanya.

"saya ni garang kan?"

dia kata,
a'ah,
ibarat kalau awak pakai tudung awak garang macam singa..
kalau awak tak pakai tudung awak garang macam singa lapar.

ok. admit.
nampak pemboleh ubah yang dimalarkan di situ?

konklusinya, saya garang macam singa.
mungkin saya protective dan defensive.

sebab saya sayangkan aset saya yg susut nilainya tinggi itu.
cik chenta.
memang saya sayangkan dia.
saya jaga dia sepenuh hati.
dan saya mahu orang yang membawanya juga treat ia sebagaimana saya.

but people still people kan?
bila mereka tidak ada rasa kepunyaan,
main hentam saja. main belasah. ikut suka hati.
dan sebab itu saya jadi singa garang. menyeringai.


p/s: saya garang, peduli apa aku kalau kena reject pun.

too protective.

mungkin saya terlalu protective terhadap cik chenta.
mak kata, saya jaga dia macam saya jaga orang.

but somehow i already promise myself seminggu sekali adalah untuk dia.

mesti jiran-jiran sebelah jelik tengok aku asyik melayan cik chenta sahaja.
sebab dia yang baru keluar JNJ tu pun takda buat perangai pelik macam aku.


p/s: gile kau tak protective, aku invest RM50k tau.

cair, tanpa chocotop?

that day aku tengok ulangan separuh akhir muzik-muzik 25.

terpaku.

freeze.


oh, gile cair aku depan tv.


.


.


.



tak tahan aku tengok mamat chinese look ni.
adoi!


dengar suara pun sudah menggoda.
ah, masak.
masak aku ni.



p/s: aku dengar lagu die je tetiap-hari-pergi-balik-kerja, download album "Langkah..." letak dalam pendrive tinggal cucuk saje pada cik chenta.senyap & hayati semua.

bengang ke bangang

aku yang bengang ke aku yang bangang.

bengang.
menyakitkan hati bila mereka-mereka itu rase mereka-mereka itu sahaja yang betul. yang layak memberikan pendapat. yang layak berkata-kata. yang membayangkan mereka empunya segala-gala. pendapat aku langsung tak nak dengar. langsung tak nak terima. langsung ignore sahaja. langsung memotong apa yang aku cakap. tambah-tambah bila mereka-mereka itu silap langkah sedikit, salah terpelecok sedikit seolah-olah tidak melakukan apa-apa dan kemudiannya mencari sebenarnya itulah salah kita, salah aku.
bangang.
memang bangang lah kalau aku melawan kata-kata mereka-mereka. bangang lah aku kalau tidak mengikut apa mereka kata. bangang lah aku jika tidak menjadi angel yang kunun tahap dewa pijak semut kat lantai pun tak mati. sangat sungguh hipokrit, sangat tidak bebas. sangat sempit.


yang sebenarnya aku bengang sebab aku menjadi bangang.

p/s: apa guna jadi auditor kalau tak boleh memberikan opinion. tak boleh mahu memberikan pendapat, pertanyaan serta mahu membuat perbandingan.

p/s 2: hati, semoga kamu menjadi lebih kuat dari biasa.

p/s 3: saya rindukan cik chenta, kan best kalau boleh tekan pedal minyak kuat-kuat dan jalan laju-laju.

salam syawal

alhamdulillah, cik chenta saya telah selamat jumpe 'doktor'. dan alhamdulillah atas segala rezeki kurnianNya. cik chenta akan ikut sy balik jb, kalau ikutkan hati mmg takmo tp mereka insist. takut ade, risau pun ade. InsyaAllah, takde pape kot.

marhaban ya Ramadhan, ahlan wa sahlan ya Syawal. Saya pasti merindukan Ramadhan. kadang-kadang terfikir juga akan berjumpa lagi ke saya dengan bulan di dalamnya ada hari yang lebih baik dari seribu bulan. saya rindu amalan-amalan di bulan Ramadhan itu. Saya berdoa semoga diberikan istiqamah dan kekuatan untuk menghadapi hari mendatang.

Syawal, sudah menjengah 5 hari. sungguh pantas masa berlalu. saya memohon maaf kepada semua atas segala salah silap saya yang dilakukan samada dalam sedar atau tidak. saya ikhlas memaafkan semua. kita hanya manusia biasa yang alpa melakukan kesilapan. meraikan Syawal bagi saya tahun ini hanya ala kadar sahaja. saya lebih kepada rasa mujahadah menyambut kemenangan berpuasa yang takde la sampai sebulan tu pun (huhu~. ke mungkin bila berlaku peningkatan usia begini rasenye? haha.

syawal inilah sebenarnya bulan penyatuan. syawal inilah yang menemukan dan berhimpunnya sanak saudara. syawal jugalah tempat untuk bertanya khabar berita (erti kata lain, bergosip~ huue) dan menghupdate segala cerita. macam-macam berita dan cerita saya terima di bulan syawal. bagus juga, me'wrap up' segala-gala untuk setahun punya cerita. owh, contohnye.. kazen saya lelaki yg sebaya itu sudah bertunang. dan kazen lelaki lagi satu itu sudah bernikah tapi kenduri kemudian di mana kejadian nikah itu hari yg sama berlaku pertunangan kazen yg satu lagi. kazen saya yang berkahwin tahun lepas sudah pregnant, dan kazen yg satu lagi pregnant anak kedua. lagi, mak cik saya yg bongsu itu keluar kereta baru (dia kan doktor, jadi takpe la mahu tukar kereta selalu..ade ayat unsur-unsur iri hati ke?) ade lagi macam-macam cerita yang tak dapat nak kongsi. tapi syawal memang semeriah ini.


p/s: air mata syawal saya gugur bila atok mendoakan jodoh yang terbaik untuk saya. sebab itu saya sayang dia sangat-sangat. dia tidak memberi apa-apa, selalu mendoakan yang terbaik untuk saya, anak-anak serta cucu-cucunya.

WARNINGS

This Blog is the original thought of the writer. Any dissatisfaction will not be entertain.