Memang fitrah kan semua orang suka yg cantik
Lebih spesifik,
Lelaki memang suka melihat perempuan cntik
Bak kata HUJAN,
Ah Moi Chantek!
Dan saya sebagai perempuan
Personally,
Memang tidak gemar dengan itu
Yea~betul..
Mengaku dengan nada cemburu..
Sebab dia itu,
Perangainya begitu.. (--.)
p/s: dull~
chantek sahaja kan?
Labels: frOm da heaRt
apa mahu buat
sekarang apa mahu buat.
Memang salah aku kan?
Terima lah sakit,
Yang perit.
P/s: padan muka kamu, hati!
Labels: frOm da heaRt
pantang betul
awas, ini entri emo.
aku pantang betul kalau orang menipu.
aku tanya secara baik, without any intention lain melainkan untuk mengingatkan.
mengaku saja lah kalau memang engkau tak buat.
mana tahu aku pun boleh tolong kan..
kang kalau aku tak tanya kata takde communication pulak..
pengakhirannya,
aku tahu juga.
kenapa lah nak menipu.
nak protect ape?
macam lah aku hadap sangat nak kat engkau.
p/s: aku rasa sesiapa pun tak suka bila ditipu. sebab bila tahu kebenaran, rasa sangat pahit. biarlah tahu kebenaran lebih awal, at least rasa kelat-kelat nescafe je. :)
Labels: frOm da heaRt
moral down
20.04.2012
moral down = kpi down
this past few days saya rasa saya menghadapi masalah moral down.
tak tahu kenapa.
sampai satu saat, saya dah tak kenal siapa saya.
orang kata, masalah berkaitan perasaan ni payah.
sebab ia
s.a.k.i.t ~
dan lebih membimbangkan sebab saya tidak / semakin kurang produktif.
dan semuanya berkaitan KPI.
tak mampu keluar air mata pun.
yang saya tahu, saya tertekan.
stress, and it's off my limit.
jadi mahu buat apa ni?
quit the job?
p/s: dunia audit ni memang tough. langkah kiri salah, langkah kanan pun rasa salah. apatah lagi depan dan belakang. it makes me think twice "kenapa lah korang pilih auditor ni sebagai kerjaya?"
**edited** sehingga post ini ditulis, saya rasa ini adalah tahap di mana saya sangat super gile tertekan. i've been assigned with a task that off my limit.
Labels: frOm da heaRt
takde kerja senang
05.04.2012
tak ada kerja yang senang kan?
nama pun cari rezeki..
mesti ada cabaran dan halangan
cuba untuk positif.
dan,
sila beri saya ruang untuk bertafakur.
kalau tak, ada insiden mulut naga keluar api nanti.. :)
p/s: kesan mahu bertukar jadi warewolf la nie..
Labels: frOm da heaRt
i am trying hard
07.04.2012
seriously, not in my life i've been playing netball.
not even a chance.
but somehow they does not have enough people to play.
it was not me don't want to play,
the truth is i don't play netball.
so, they were organizing a practice session.
only practicing passing the ball.
haha, i'am such a failure.
maybe netball and me is not destined together. :)
first day, don't much to expect.
seriously so much need to learn. not as easy as throwing the ball.
p/s: am trying,. nervous thinking bout the match a month from now. (-,-)"
Labels: frOm da heaRt , Sok-sek
bila lagi mahu get-together?
28.03.2012
ahh,
aku terlalu rindukan mereka.
melihat-lihat kembali kepingan-kepingan memori,
membuatkan aku rindu untuk kembali ke masa itu.
ya. memang aku takut pada masa depan. (- -").
entah bila lagi dapat mahu together-together bersama.
masing-masing sudah ada yang empunya, sudah jadi hak milik.
p/s: tidak tahu mengapa hati saya berbolak-balik sejak seminggu ni.
p/s 2: saya ada silent reader, dengan jejak DNS dari Kota Kinabalu Sabah. siapa gerangannya yea?
Labels: frOm da heaRt , Sok-sek
best wishes through the year
for marchian~
best wishes through the year.
to him 1, 3 March: i wrote in the FB's wall.
to him 2, 19 March: i sms and call.
to him 3, 21 March: i sms.
three of them, marchian~
appeared in my life once, and made my day.
p/s: sincerely, thank you guys.
Labels: frOm da heaRt
expecting that
macam yg di sangka..
takda siapa yang suka auditor kan?
even internal auditor, within the same company.
tadi, masa balik staf itu kongsi sesuatu dengan kami.
dia kata, apa yg dia ingin katakan itu 'kita habis sini lah yea'
dan dia kata 'sebenarnya sebelum korang datang sini, bos dah pesan.. anggap auditor macam musuh. jangan baik-baik sangat dengan diorang'
it's within my expectation.
but not that statement.
sampai satu tahap, saya rasa mereka hipokrit.
benci gua!
p/s: seriously, i've been a super nice internal auditor. giving them advice and recommendation for better enhancement.and be reasonable by 'discounting' issues that i think they could rectified it immediately.
Labels: frOm da heaRt , Sok-sek
taman rahsia a.k.a secret garden
18.02.2012
whoaa, akhirnya selamat menghabiskan 20 episod korean drama series : Secret Garden
Lakonan utama Ha Ji-Won dan Hyun Bin.
walaupun saya agak sedikit lambat, dek kerana terkepam lama semua series itu dalam laptop maka seminggu saya berjaya menghabiskan semuanya.
and the last 2 days been watching that series, i'm crying.
jalan cerita sangat touching. dan memang benarlah bak kata sesetengah pengulas bahawa itu adalah cerita "fantasy romance drama"
4 episod terakhir cerita yang sangat-sangat fantasi.
hati berbunga-bunga seakan-akan sesak nafas gitu. =.=)'
nevertheless, bravo untuk series itu yang banyak memenangi award di SBS Drama Awards dan Paeksang Arts Awards.
sementelah jalan cerita yang menarik, pelakon dengan penghayatan yang hebat membuatkan penonton terbuai-buai dengan semuanya.
p/s: happy ending story yang sangat menyentuh perasaan. dah lama saya tidak terkesan dengan cerita-cerita sebegini.
Labels: frOm da heaRt , Sok-sek
sebak
13.02.2012
alhamdulillah, abah selamat ke sana.
bila hantar tempoh hari rasa sebak sedikit.
abah tanya adik, mahu kirim doa apa.
adik kata, doakan dia dimurahkan rezeki dan pekerjaan yang baik.
abah tanya aku, mahu kirim doa apa.
aku kata, doakan dipermudahkan jodoh.
adik gelak.
dia kata, "desperate gile kau nak kahwin"
p/s: dan saat ini, saya masih sebak.
Labels: frOm da heaRt , Sok-sek
ini entri yang tidak dirancang gara-gara lagha melayari facebook
Alhamdulillah, saya officially warga Kulim (Malaysia) Berhad.
(sila baca tanpa ada nada-nada berlagak, takbur dan riak di situ)
sekarang,
- saya sakit otot peha dan betis yang membengkak gara-gara momentum terlebih yang dipamerkan semasa hari sukaneka tempoh hari
- saya sangat biziiiii menyiapkan working papers setelah pulun menghabiskan semua visit schedule 2011 straight selama seminggu
- saya mengira-ngira serta mencongak-congak hari bila masa untuk menonton SONGLAP pula
- saya mengeluh-ngeluh bila la boleh beli handbag yang menepati citarasa diri sendiri sebab aku-dah-penat-nak-pergi-servey2-lagi dan aku-dah-round-jusco tebrau-tesco tebrau-bandar-tiram-serta-kluang parade-dan-kluang mall
- saya sendirian di bilik sebab roomate ke terengganu meraikan C Day bakal suami dan malam ini tido dengan perasaan gembira ala-ala seronoknya-aku-dapat-conquer-katil-queen-itu
- jb hujan, tidak berhenti hari ini. dan saya sejuk. tapi seluar panjang semua belum basuh.haissh, terpaksa la pakai short dan bergomol-gomol bersama comforter yang sangat comfort itu.hue~
p/s: hati saya bercampur baur hari ini. tidak tahu mengapa.malas mahu tanya lebih-lebih pada hati, lebih baik tanya sama pokok je.eh?
Labels: frOm da heaRt , Sok-sek
sayu.
sayunya hati saya.
anak gegirl meninggal dunia pagi tadi.
sia-sia, mati bawah tayar.
sangat sayu hati,
bila gegirl membelek-belek anak nya.
cuba menjilat-jilat kaki arwah
seolah-olah mahu mengejutkan dari tidur.
terlalu sayu hati,
bila mana gegirl cuba mahu menggongong anaknya
tapi hampa.
sebab sudah tidak bernyawa.
sayu.
sebab mungkin gegirl tak mengerti bahawa anaknya memang sudah tiada.
sayu.
sebab anak gegirl tak sempat mengenal dunia.
dan
sayu.
sebab, aku tak dapat lagi melihat telatah dan mendodoi si comel itu.
p/s: tsk,tsk. saya tak mampu melihat drama itu berterusan. tanpa ditahan, terus memecut ke destinasi tujuan.
Labels: frOm da heaRt , Sok-sek
suku abad
(ini entry yang serius)
salam suku abad untuk saya.
perjalanan masih jauh.
merangka dan merangkak.
menjangka dan mencongak.
-----------------------------------------------------------------
(ini entry yang tidak berapa serius)
sesuatu yang gembira berlaku.
saya mencari enchik itu 2 bulan lepas.
mahu bertanya khabar dan berita.
cerita terakhir dengarnya enchik itu di kuantan.
tapi malangnya tak dapat juga mencari, setelah bertanya kepada semua ahli keluarga.
out of sudden, enchik itu menghubungi saya minggu lepas.
owh,owh. saya sangat seronok!
enchik itu kata, saya tau awak cari saya.. mak saya yang bagitau.
(naseb la emak dia sudi nak sampaikan khabar berita, huu.)
reminiscing the old memory,.
it's almost purrfect. \(^_^)/
saya menganggap itu hadiah untuk jubli emas saya.
cukup. kerana itu sesuatu yang gembira.
-----------------------------------------------------------------
mood: gym class heroes - stereo hearts
p/s: bila duduk dalam kenangan, kita akan berangan. it is advise supaya jangan duduk dalam kenangan lama-lama, takut tidak berpijak di bumi yang nyata.
p/s 2: thanks to all for the wishes and prays. (^^,)
Labels: frOm da heaRt , Sok-sek
suka sangat.
saya suka sangat bila melihat mereka-mereka bahagia.
bila tengok gambar, tengok status,
rasa macam meresap dalam hati, ada bunga-bunga gitu..
hee,. sangat poyos entry ini.
seriyes.
suka sangat.
ye lah, saya kan duduk dalam tempurung.
keluar menjenguk-jenguk si FB sekali sekala.
bila dapat berita, hambek kaw!
tapi takpe,
masih suka sangat.
sebab hati rasa berdebar-debar, gembira dengan mereka.
hari ini saya gembira, suka.
suka sangat.
** kalau lah awak itu memang seagama dengan saya, memang saya jatuh cinta buat kali kedua.
p/s: \(^_^)/ .tidak tahu bagaimana mahu mengekspresikan perasaan suka itu.
Labels: frOm da heaRt , Sok-sek
how am i
** isi hati, entri yg dibuat saat pengaruh syaitan menguasai nafsu amarah.
how am i suppose to act
how am i suppose to judge
how am i suppose to test
how am i suppose to evaluate
how am i suppose to observe
how am i suppose to select
how am i suppose to note
karang aku tanya lebih-lebih kena marah
padahal takde siapa nak ajar aku,
takde siapa nak bagitahu aku.
engkau dan kamu-kamu semua kata,
belajar sendiri, cari sendiri,
jangan harap sudu disuap ke mulut saja.
bila aku buat salah, silap langkah, terkurang perisa cambah
tersilap interpretasi, tersalah fahaman.
baru kamu-kamu semua nak tegur. mahu kata belakang, mahu sok-sek kata itu dan ini.
aku belajar, mengkaji, melihat, membaca
hingga satu tahap rasa mahu muntah.
aku adalah aku.
itu yang aku mampu,
mahu berfikir ke luar kotak hingga luar yang bagaimana kamu mahu?
can't someone be generous to me, be kind
and telling me what am i suppose to do, how to do, why to do~ and significant for all the things.
since all this things totally new to me.
seriously new.
maybe i am s*** being an *******.
it's just not in my blood.
p/s: ini dari isi hati. terpulanglah interpretasi sendiri.
p/s 2: tsk, tsk.. (-.-")
Labels: frOm da heaRt
Aku Penakut
aku takut untuk itu dan aku takut untuk ini
aku takut pada itu dan aku takut pada ini
aku takut pada hakikat
aku takut pada masa depan
takut itu menakutkan aku
takut itu bersama aku
takut itu dengan aku
aku tak pernah takut, setakut ini
aku takut tiada siapa bersama aku
Mood : Yuna - Penakut
**
dan aku memang penakut
mengakui cinta kepadamu
seribu kali kucuba ucapkan
bila bersamamu
ku bukan milikmu
dan engkau pun tahu
kau bukan milikku
p/s: aku tak sekuat dulu.di mana kekuatan itu pergi?
p/s 2: current mood : Aidil - Ku Yakin Berlaku
Labels: frOm da heaRt
ok.fine.
fine, fine, dan fine.
aku yang tak nak terima pembelajaran itu
atau aku yang sentiasa buat salah.
s***** & s***
p/s: deep down i'm seriously willing to learn, accepting the whole process. i'm the one who making all this things tough or the things is really tough? . it's me, i'm trying the bestest best! huhh~
Labels: frOm da heaRt , Sok-sek
saya rasa.
saya rasa hanya mahu menguji saja.
mahu melihat kemungkinan.
mana tahu, jika positif.
jika negatif, abaikan saja.
sebelum menjadi parah.
dan sekarang, memang jelas. - negatif
perlu melihat kemungkinan dan pilihan lain.
dan cubaan lain.
berharap keputusan akan positif.
ye, saya cuba.
jika kali ini tak berjaya serah sahaja pada mereka.
dan untuk negatif itu, diam adalah perlu.
jangan cuba menggangu. sangat perlu!
kerana masa eksperimen sudah tamat.
tamat selama-lamanya.
saya akan cuba untuk kuat. yeay! \o/.
p/s: sudah lama tidak bermain dengan eksperimen~
Labels: frOm da heaRt
bengang ke bangang
aku yang bengang ke aku yang bangang.
bengang.
menyakitkan hati bila mereka-mereka itu rase mereka-mereka itu sahaja yang betul. yang layak memberikan pendapat. yang layak berkata-kata. yang membayangkan mereka empunya segala-gala. pendapat aku langsung tak nak dengar. langsung tak nak terima. langsung ignore sahaja. langsung memotong apa yang aku cakap. tambah-tambah bila mereka-mereka itu silap langkah sedikit, salah terpelecok sedikit seolah-olah tidak melakukan apa-apa dan kemudiannya mencari sebenarnya itulah salah kita, salah aku.
bangang.
memang bangang lah kalau aku melawan kata-kata mereka-mereka. bangang lah aku kalau tidak mengikut apa mereka kata. bangang lah aku jika tidak menjadi angel yang kunun tahap dewa pijak semut kat lantai pun tak mati. sangat sungguh hipokrit, sangat tidak bebas. sangat sempit.
yang sebenarnya aku bengang sebab aku menjadi bangang.
p/s: apa guna jadi auditor kalau tak boleh memberikan opinion. tak boleh mahu memberikan pendapat, pertanyaan serta mahu membuat perbandingan.
p/s 2: hati, semoga kamu menjadi lebih kuat dari biasa.
p/s 3: saya rindukan cik chenta, kan best kalau boleh tekan pedal minyak kuat-kuat dan jalan laju-laju.
Labels: cik chEnta* , frOm da heaRt