coba

Oh ya, cuti ini aku cuba untuk bermain gitar.

Sementara gitar RM350 milik adik ku itu tersadai di biliknya tidak salah aku mempelajari satu ilmu baru bukan. Betul juga kata kazen ku, kalau adik pandai main, kakak nya mungkin barangkali boleh juga.

Haha. Bermula dengan note, aku cuba memetik gitar. Berpandukan lagu kugiran Hujan, Bila Aku Sudah Tiada barangkali merupakan satu permulaan yang cukup senang bagi beginner seperti aku. Oh tidak!.. 2 jam mencuba, memang betul kata orang. Bukan mudah untuk bermain gitar. Mungkin jari jemari halus dan kecil seorang wanita seperti aku agak payah. Mengingat note itu agak mudah, tapi tangan yang tak sampai. Ada hikmah nya kenapa Yang Esa menjadikan tangan lelaki sedemikian rupa. Mempunyai kelebihan berbanding wanita.

Adik ku pulang. Cuti H1N1 katanya. Mungkin aku boleh berguru seminggu dengan dia? . Aku nyatakan kesimpulan yang aku cipta itu pada dia. Gelak.

“Long, kau kena banyak praktis tu..”
“Tapi tangan aku sakit la, tak sampai pun..”
“Lama-lama nanti pandai la. Mula-mula memang sakit..”

Niat aku untuk belajar bermain gitar sudah sedikit berkubur. Dia ke JB 3 hari. Bawa gitar sekali. Jalan-jalan dengan kawan kata dia. Aku tahu, bukan kawan tapi ‘kawan’

Aku kagum dengan dia. Main gitar dengan selamba sahaja. Aku tahu, dia mula sebagai drummer. Saban malam, bilik kami bersebelahan, selalu saja mendengar dia memetik gitar. Selalunya, lagu Dan Sebenarnya kedengaran.

p/s: tidak boleh hidup tanpa muzik, itu kata dia padaku..

3 ARGUEMENT:

TheOneWhoEatUbiKayu August 7, 2009 at 5:57 PM  

waaaaaaaaaa..chayok2!!
men gitar heh..prektis bebanyak..
t leh la beduet men gitar :P

farahiyah radzali August 11, 2009 at 12:53 PM  

sussssssssssaaaaaaaaahhhhhhhhh laaaaa...

~sob, sob, sob.

TheOneWhoEatUbiKayu August 27, 2009 at 9:45 AM  

boleh..pelan2 :D

Post a Comment

WARNINGS

This Blog is the original thought of the writer. Any dissatisfaction will not be entertain.