Kami berbicara tentang apa sahaja.
Dan bagi saya, untuk berbicara soal hati
Mungkin agak payah.
Berbicara tentang kawan-yang-itu dengan dia.
Melahirkan rasa pelik tentang pelbagai tanda tanya mengapa sebegitu jadinya.
Ahh, masalah dunia
Malas mahu fikirkan semua.
Bercerita tentang hal-hal yang lepas mengenai kenapa,
Semacam tidak relevan.
Sepatutnya bercerita mengenai panduan yang boleh diambil lantaran kesan dari mengapa.
Saya tidak meminta kata-kata manis,
Cukup kata-kata untuk membuatkan saya tenang.
Dan pengakhirannya,
Hati saya lembut
Dengan kata-kata dia yang ini:
" Takpelah awak, tak payah rasa kecil hati... "
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Berbicara
Posted by
farahiyah radzali
Thursday, April 25, 2013
0 ARGUEMENT:
Post a Comment