Dari Ibn Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
'Sesungguhnya syaitan ada bisikan di hati anak Adam. Dan Malaikat juga ada bisikannya. Bisikan syaitan itu ialah dorongan supaya melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran. Bisikan malaikat pula menggalakkan kebaikan dan meyakini kebenaran. Oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik di dalam hatinya, maka ketahuilah ia dari Allah dan hendaklah bersyukur kepada Allah. Dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi (bisikan kejahatan) maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan."
(Riwayat Tarmizi dan An Nassai).
Dan bila rasa ragu-ragu itu timbul dalam hati, kadang-kadang saya rasa kalah dengan bisikan syaitan. Cuba menguatkan diri untuk semahunya tidak memikirkan perkara ragu-ragu itu. Ahh, berpegang atas dasar bahawa kita ini manusia biasa. Saya cuba perbaiki diri.
Kadang-kadang menangis sendirian, memikirkan perkara ragu-ragu. Sebab hanya takut penyesalan di kemudian hari. Dengan itu, hari-hari saya pohon pada Yang Maha Mendengar. Dikuatkan pegangan diri, rasa hati, hikmah untuk berfikir dan bertindak, ditabahkan hati dan dipermudahkan perjalanan untuk menghadapi segala dugaan dan rintangan menuju ke jalan itu.
Seperti kata dia, 'be strong'.
Dan sampai satu tahap, saya rasa kekuatan saya adalah dia sebenarnya.
P/s: Mana kekuatan kamu yang lama, fara?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Rasa ragu-ragu
Posted by
farahiyah radzali
Monday, June 24, 2013
0 ARGUEMENT:
Post a Comment