Melihat itu

Terkesan di hati dan pandangan saya. Minggu lalu, menonton gambar bergerak Ender's Game bersama chenta hati. Sedang menunggu, berehat di sebuah bangku berkongsi dengan pasangan tua ini. Melabuhkan punggung, dengan niat mahu memakai sarung kaki. Saya cuba berlagak sopan ala-ala berhadapan dengan bakal mentua. Pelbagai andaian di dalam hati, berkata-kata. Mengapa mereka di sini, di malam hari? Tidak lama selepas itu, terjawab persoalan. Si anak gadis datang menghampiri. Memanggil, mengajak pergi dari pandangan. 

Sungguh, aturan Yang Maha Esa itu indah. Saya terkesan. Selangkah mereka pergi bersama meninggalkan bangku, tangan jari jemari mereka bertaut. Indah. Saling melengkapi. Dan terus saya panjatkan doa, semoga jodoh mereka itu tercipta kekal bahagia hingga ke syurga.


0 ARGUEMENT:

Post a Comment

WARNINGS

This Blog is the original thought of the writer. Any dissatisfaction will not be entertain.