Keluarga besar kami menghadapi 2 perkara di atas. Perancangan dan ketentuan Allah itu adalah rahsiaNya yang maha besar.
Kelahiran 2 srikandi yang ditunggu dalam keluarga besar kami tidak menjadi kenyataan. Dan bila Allah berkata kun fayakun, demikian inilah yang perlu dihadapi.
Dan bagi saya yang berada di pihak kelahiran, tidak tahu mahu ber-reaksi yang bagaimana. Allah itu tidak akan menguji hambaNya dengan sesuatu yang ia tidak mampu. Dan saya tahu dugaan dan ujian bagi saya pula nantinya akan berbeza.
Doakan saya mampu dan kuat untuk hadapi segala.
0 ARGUEMENT:
Post a Comment