masalah sangat ke?

duhh~
masalah ke kalau aku jadi baik.
masalah ke kalau aku memang baik.
masalah ke kalau aku baik.

classmate aku ramai yang cakap geng-geng aku baik."ala, korang kan budak baik.." apa yang salah menjadi budak baik?. kitaorang bukan nya menjadi .S.K.E.M.A. hanya mengikut peraturan. pegi kelas pakai kad matrix. sebabnya kitaorang pegi kelas jalan kaki dan lalu pintu pagar yang ada guard. masalahnya guard yang akan check samada pakai kad matrix ke tak. geng-geng aku bukan macam yang lain, pegi kelas ada kenderaan sendiri.

classmate aku ramai yang kate, korang pakai pakaian yang sopan-sopan. masalahnya ialah kitaorang pegi kelas lalu pintu pagar yang ade guard. guard akan tegur kalau baju yang kita pakai tak melepasi paras punggung. bukan tak nak pakai yang vogue atau 'menarik mata memandang' tapi peraturan yang membataskan. boleh je kalau nak redah tapi saman memang berlambak la nanti. huhu, aku sebenarnya nak maintain rekod takde saman sepanjang keberadaan di universiti. hehe.

sebenarnya aku sudah penat menjadi budak nakal atau budak jahat. zaman kegemilangan kenakalan sudah berakhir. mungkin sudah sampai seru atau hidayah untuk aku insaf dan berubah menjadi seseorang yang lebih baik. menjadi baik adalah tenang!

p/s: selamat tinggal JAHAT! aku sudah jatuh cinta pada BAIK.

3 ARGUEMENT:

Cik Salwa Salahudin February 25, 2009 at 7:09 PM  

ermm..korang kan memang anak2 yang baik,,so apa salahnya dgn baik??

ermm..pedulik la dgn apa org kata,,bukan mrk yang tentukan masuk syurga atau sebaliknya kelak..sob3..

farahiyah radzali February 26, 2009 at 8:06 PM  

ye..betul.. ('.')/
~jadi diri sendiri lagi bagus kan?

f4r_e4st February 28, 2009 at 9:50 PM  

ala..korang baik ke, jahat ke..tetap kwn ak sampai bile2..jgn risau.. :)

Post a Comment

WARNINGS

This Blog is the original thought of the writer. Any dissatisfaction will not be entertain.