asoh itu biadap sungguh.
Seriously lepas ni, lepas pegi stall atau gerai atau outlet mana-mana
bila orang sales dia approach kata begini,
" cari apa kak? "
atau
" apa mau dik? "
aku mahu kunci mulut.
tak nak cakap apa-apa.
tengok-tengok. jalan-jalan sikit. dan bila rasa tiada intention untuk beli, aku mahu blah saja.
tanpa ganggu sesiapa.
sebab nya,
aku sudah terkena.
tempoh hari lalu, bila di kuala lumpur.
atau dengan spesifik nya lagi berani mati di Sungei Wang Plaza.
mahu spesifik lagi? di tujukan khas kepada asoh yang jaga stall kecik depan kedai Matsuda.
memang niat asal mahu sight seeing, usha-usha dan lihat-lihat apa menarik di kuala lumpur.
kut-kut ada barang rare yang interesting boleh buat tambah-tambah informasi dan boleh dibeli.
dan ketika itu, aku menemani rakan sekerja aku usha-usha kedai aksesori wanita.
bosan.
sebab aku dah habis round dan dah beli apa yang patut dari kedai itu.
ye, murah.
dek kerana mahu hilangkan bosan menunggu, aku merayau-rayau di stall kecik yang bersepah depan deretan kedai.
memang takde intention.
dah katanya merayau-rayau kan?
tapi mulut aku ni sangat pemurah.
tak sampai hati bila orang bertanya, takkan aku hanya diam seribu bahasa?
sampai saja di kedai asoh,
aku belek-belek earphone jenama sony.
dalam hati, confirm ciplak punya - tak ori.
belek-belek lagi, eh.yang ada semua untuk sony walkman.takde pulak untuk handphone sony yea.yang ada cucuk kangkang tu, bukan cucuk bulat.
dan di sinilah asoh itu bertanya,
" mahu cari apa"
aku kata, " saya tengok-tengok dulu "
aku kalih ke bahagian kiri.
ada benda menarik, aku datang dekat sedikit dan hampir mahu pegang.
" itu untuk i-Phone 4, you ada i-Phone ke? kalau takde tak payah tengok! "
.
.
.
p/s: Asoh, sila jangan saman saya, saya orang miskin. Sebab tu i-Phone 4 pun takde.
dia yang biadap.
Posted by
farahiyah radzali
Tuesday, January 17, 2012
Labels: Sok-sek
0 ARGUEMENT:
Post a Comment