taman rahsia a.k.a secret garden

18.02.2012

whoaa, akhirnya selamat menghabiskan 20 episod korean drama series : Secret Garden

Lakonan utama Ha Ji-Won dan Hyun Bin.
walaupun saya agak sedikit lambat, dek kerana terkepam lama semua series itu dalam laptop maka seminggu saya berjaya menghabiskan semuanya.
and the last 2 days been watching that series, i'm crying.
jalan cerita sangat touching. dan memang benarlah bak kata sesetengah pengulas bahawa itu adalah cerita "fantasy romance drama"

4 episod terakhir cerita yang sangat-sangat fantasi.
hati berbunga-bunga seakan-akan sesak nafas gitu. =.=)'

nevertheless, bravo untuk series itu yang banyak memenangi award di SBS Drama Awards dan Paeksang Arts Awards.
sementelah jalan cerita yang menarik, pelakon dengan penghayatan yang hebat membuatkan penonton terbuai-buai dengan semuanya.


p/s: happy ending story yang sangat menyentuh perasaan. dah lama saya tidak terkesan dengan cerita-cerita sebegini.

Petronas pembekal utama bahan api Mercedes AMG

17.02.2012

owh. saya terbaca berita ini pagi tadi di Utusan Online.
that's mean Grand Prix F1 is coming closer kan?

kemudian saya godeh-godeh website Sepang Circuit untuk melihat schedule bilakah turn Malaysia.

Malaysia destinasi ke-2 dengan tentatif 23 hingga 25 Mac 2012. (awal pulak kali ni!)

saya melihat kalender, kot-kot tiada apa-apa agenda dan boleh ambil cuti ke untuk ke F1 itu.


tapi sedih, sebab along that week saya on audit visit.
waWaawaaa.. sedihnya!
dan sekarang, saya berdoa moga-moga estate itu tak available untuk terima kitaorang visit.
moga-moga mereka minta postpone ke tarikh yang lain,
dan moga-moga saya dapat ke F1 tahun ni. ngee~


p/s: cadang untuk beli tiket hillstand, yang tinggal hanya K2, C1 & C3. agak-agak mana view yg ok?

baru realise

15.02.2012

manenye tak tembam.

asal stress je mengunyah, stress je mengunyah.
panas hati je mengunyah~

apa nak buat lagi.
nak marah orang lain tak boleh.
nak mengadu tak tau pada siapa.

bercakap sorang-sorang dalam hati.
dan menghayati makanan.


p/s: baru realise, what a pathetic life.

sebak

13.02.2012

alhamdulillah, abah selamat ke sana.
bila hantar tempoh hari rasa sebak sedikit.

abah tanya adik, mahu kirim doa apa.
adik kata, doakan dia dimurahkan rezeki dan pekerjaan yang baik.

abah tanya aku, mahu kirim doa apa.
aku kata, doakan dipermudahkan jodoh.


adik gelak.
dia kata, "desperate gile kau nak kahwin"


p/s: dan saat ini, saya masih sebak.

misi untuk hari itu

10.02.2012

ini mungkin entry cliche bagi seorang perempuan yang lazimnya sensitif terhadap berat badan.


.confirm.
sah~ =.=)"


bila balik kampung, mereka kata saya dah bulat.
bila jumpa kawan lama di KL tempoh hari, dia kata saya dah naik.
(oh, dia siap pegang-pegang lengan saya lagi mahu uji konon-konon memang terbukti saya dah naik)
bila kawan saya tegur dalam emelnya "lama tak nampak awak, dah berisi sikit yea.."
dan minggu lalu, bila ofismet semua tegur kata "fara, pipi awak dah nampak naik la.."


haha.


dengan suka hatinya memang saya mengaku.

"a'ah, dah naik sikit."


tapi alhamdulillah, masih di tahap ideal weight lagi.
tapi, macam risau pulak. sebab tempoh hari bila berjimba dengan family di Gunung Lumut main tangkap-tangkap gambar
saya dalam gambar memang nampak berisi sedikit.
frankly speaking, nampak tak molek.huu~


boleh tak nak menjalankan misi semata-mata untuk nampak molek bila attend wedding cik wa & cik irda lagi 2 minggu?
boleh sempat turun ke?


adoi!


p/s: let's wait and see. tapi sebenarnya saya selesa menjadi diri saya.

WARNINGS

This Blog is the original thought of the writer. Any dissatisfaction will not be entertain.