08.03.2012
kluang-simpang renggam-selayang-shah alam-perlis-penang-shah alam-selayang-kluang-johor bahru
itu secara kasarnya untuk apa yg berlaku sekitar 2 Mac hingga 6 Mac.
tampak panjang dan meletihkan.
tapi no worries sebab itu atas tujuan yang murni,
meraikan sahabat baik mendirikan masjid~
tahniah dan didoakan segala yang terbaik buat
salwa & ahmad anuar serta irda syahira & yuslizal
semoga kalian raikan cinta hingga ke syurga (^^,)
sungguh, saya seronok kerana mereka melengkapkan 4 sahabat baik saya yang sudah mendirikan rumahtangga.
tapi yang tidak seronok, saya sangat tidak gemar bila soalan-soalan membunuh jiwa ditanya.
mungkin, itu antara sebab mengapa saya malas untuk menghadiri majlis-majlis walimah yang lainnya.
hanya attend majlis mereka-mereka yang tahu seadanya saya.
macam sahabat-sahabat saya, mereka tak perlu bertanya pun.
sebab saya percaya dengan jodoh.
keseluruhannya, saya tak tahu kenapa rasa hati saya sejak semalam dan hari ini rasa bercampur baur.
mungkin penat.
tapi saya rasa penat itu boleh diterima.
mungkin saya tidak ikhlas.
mungkin.
sebab saya rasa tidak ikhlas untuk 'masuk' dengan mereka itu.
p/s: saya menjadi diri saya sendiri. saya hidup dengan cara saya. asal tidak tersimpang, berada di jalan yang benar itu sudah cukup. sebab saya tahu manusia memang takkan pernah puas dengan hidup dunia.
p/s 2: selamanya pun saya pasti anak jati johor!
kutub utara kutub selatan
Posted by
farahiyah radzali
Sunday, March 18, 2012
Labels: activitiesSs , Sok-sek
0 ARGUEMENT:
Post a Comment