Saya bertemu satu post ini di muka buku, dan mahu berkongsi di sini.
"Jangan dicemuh orang yang berpuasa tidak bersolat, berpuasa tapi tidak menutup aurat. Boleh jadi berpuasa menjadi titik untuk mereka berubah. Manusia tidak berhak untuk menghakimi tapi berhak untuk menasihati"
Dan saya banyak kali sudah mendengar tazkirah dari mereka yang berilmu bahawa tidak mendapat apa melainkan lapar dan dahaga bagi mereka yang berpuasa tetapi tidak menunaikan solat.
Dan saya rasa, selemah-lemah iman manusia itu adalah berdakwah menggunakan hati iaitu berdoa.
Bila bercerita mengenai solat, bukan tidak mahu berdakwah kepada mereka-mereka itu mengajak kepada kebaikan tetapi lebih kepada rasa tidak mampu. Takut pisang berbuah dua kali. Dan hanya dapat berharap hidayah Allah dapat diberikan kepada mereka-mereka itu dan semoga bertemu dengan cahaya kebenaran.
Kadang-kadang mahu sahaja "aku-aku, kau-kau" kerana saya tahu itu yang mereka akan katakan bila berkata soal dakwah ini.
Tepuk dada, tanya iman.
P/s: saya sedih, sebab mereka belum bertemu hidayah.cepat atau lambatnya hidayah itu membimbangkan saya sebab lambat laun akan bertemu alam akhirat.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
--------------- DISCLAIMER --------------- This email and any attachments to it may be confidential and are intended solely for the use of the individual to whom it is addressed. Any views or opinions expressed are solely those of the author and do not necessarily represent those of Kulim (Malaysia) Berhad and its subsidiaries. If you are not the intended recipient of this email, you must neither take any action based upon its contents, nor copy, forward or show it to anyone. Please contact the sender if you believe you have received this email in error. --------------- DISCLAIMER ---------------
0 ARGUEMENT:
Post a Comment