Kadang-kadang

31.05.2012

Bila dia kata kalau jodoh tak ke mana,
Aku hampir tersentak.

Kadang-kadang, sulit mahu memikirkan apa maksud tersirat.
Bersungguhkah?
Atau cuma mainan hati.

Kadang-kadang, pujuk sahaja diri sendiri.
Mahu buang jauh-jauh perasaan itu.
Sebelum parah.

Kadang-kadang, malas mahu ambil pusing
Tentang apa yang dia kata.

Kadang-kadang, aku mahu berfikiran positif
Bila berkisar tentang hal ini.
Sungguh..

Kadang-kadang, aku rasa
Perasaan memang pada dia.
Tapi takut dengan frasa,
"Kalau dah jodoh tak ke mana"

Kadang-kadang, aku tak mahu berfikir apa-apa
Biar sahaja semua.

Dan hakikatnya,
Semua ini perlu masa.
Dan aku tak mahu semuanya berlaku pantas.
Biarlah terjadi seperti yang sepatutnya.
Semulajadi.


Kan natural is beauty? :)

*senyum*


P/s: manis, yang membuatkan kita ketagih. Dan aku tahu ketagih itu boleh dilawan, bila betul caranya. Bila sampai masa, aku mahu lawan ketagih itu.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 ARGUEMENT:

Post a Comment

WARNINGS

This Blog is the original thought of the writer. Any dissatisfaction will not be entertain.