Cakap siang pandang-pandang

Salam hari raya semua.
Dalam bulan Syawal meraikan kemenangan ini, amalan ziarah menziarahi sangat digalakkan.
Menyambung silaturahim antara perkara yang disebut dalam al-Quran.

And so,
Saudara mara saya, lebih spesifik sepupu kepada abah datang beraya menziarahi kami minggu lepas.
Layanan tidak seberapa sempurna ekoran kami sekeluarga sibuk dengan persiapan untuk Rumah Terbuka Aidilfitri di sebelah malam. Dengan terlalu banyak perkara yang belum settle, saya sempat menghidangkan air serta tapai pulut makanan tradisi wajib keluarga kami.

Mahu dipendekkan cerita, sepupu abah itu belum pernah sampai ke rumah kami. Dek kerana kesibukan kami dan layanan yang tidak tertumpu, sepupu abah itu melayan diri sendiri melihat-lihat rumah kami. Round-round, pusing-pusing. Dan akhirnya dia berkata:

" Kalau macam ni, lagi baik buat rumah sendiri dari macam ni.."

Tersentak saya.
Nasib kata hati tidak terluah di mulut.
" Apa hak kau nak cakap rumah mak ayah aku macam tu "

Saya tahu niat dia itu mahu bergurau tapi riak muka dia serius. Sungguh,.memang tak sampai maksudnya pada saya.

Dan bagi saya, masuk kandang kambing mengem-bekkkk dan masuk kandang lembu menge-moOoo :)

Itu yang termampu disediakan mak abah untuk kami sekeluarga berteduh. How dare we are not to be grateful kan?

Dan untuk pak cik, saya tahu pak cik sangaaaaattttt kaaaaayyyyyyaaaa. Boleh beli tanah lot and buat rumah ikut pelan sendiri yang konon-konon lagi bagus nilainya dari rumah kami yang hanya semi-D 2 tingkat end lot jalan mati dengan reger RM250k yang mak aku sign loan kerajaan kena bayar sampai dia dah habis pencen pun.


P/s: untuk pak cik, kamu jangan bongkak sangat. Rezeki dan nikmat itu ketentuan Dia. Selamat hari raya, maaf zahir batin pak cik. Tahun depan InsyaAllah jangan lupa datang open house rumah kami, sebab tahun ni pak cik datang wrong timing. :)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 ARGUEMENT:

Unknown November 3, 2012 at 10:31 PM  

spe nie?..

Post a Comment

WARNINGS

This Blog is the original thought of the writer. Any dissatisfaction will not be entertain.