pro & cons ~the older

ok, sebenarnya saya sudah lama mahu membangkitkan isu ini.

alkisahnya, saya pernah terbaca di dalam sebuah blog di mana sahabat saya itu bercerita tentang sahabat-sahabatnya. sedang mereka bercerita, salah seorang sahabat itu menyampuk..

"ala, kan senang kalau ade awek budak sekolah..tak payah nak banyak belanja..gi deting pun waktu malam ngan weekend, leh save time.. pastu diorg ni bukan demand sangat nak gucci ke prada ke, leh save poket.."

ok.

perbualan itu adalah antara lelaki-lelaki di mana lingkungan umurnya 24-26 tahun.

saya tidak berniat mahu mempersoalkan apa-apa. tapi, come on la..budak sekolah yg baru nak mengenal dunia..SPM pun belum lagi.. saya tahu, mungkin ada yg memberi alasan, "dah jodoh, nak wat camne.." atau pun "diorang ni matang la.." .tapi bagi saya, "zaman bercinta, memang semuanya manis belaka" atau pun "alah, budak sekolah? baya adik aku je.tak payah la~"

ok.mungkin nampak normal sebab situasi ini dipandang dari pihak lelaki, dan mungkin afdal sebab jarak umur antara pasangan adalah dikatakan ideal..sebab sy ingat lagi pesanan cikgu Prinsip Akaun kepada budak-budak laki kelas aku masa di Muar dulu..

"tak payah nak menggatal sekarang..pasangan-pasangan kamu semua jaraknya 6-7 tahun..tak ada disini..mereka di luar sana masih sekolah rendah lagi.."

mahu terbahak-bahak kami semua.masing-masing sibuk mengecop adik perempuan kawan masing-masing kunun-kunun mahu dibuat pasangan..hehe.tapi bagi aku, peduli ape.jodoh itu di tangan Tuhan..

tapi akhirnya, saya tetap tidak setuju tentang pasangan budak sekolah.bukan bernada cemburu cuma ~alahai, takde orang lain ke selain budak sekolah yg kau nak main..


p/s: geli~

1 ARGUEMENT:

Cik Salwa Salahudin April 26, 2010 at 1:18 PM  

perghh~may be utk lelaki ok la kot tp utk ladies like us..not suitable at all,,dear..huhu

Post a Comment

WARNINGS

This Blog is the original thought of the writer. Any dissatisfaction will not be entertain.