sayunya hati saya.
anak gegirl meninggal dunia pagi tadi.
sia-sia, mati bawah tayar.
sangat sayu hati,
bila gegirl membelek-belek anak nya.
cuba menjilat-jilat kaki arwah
seolah-olah mahu mengejutkan dari tidur.
terlalu sayu hati,
bila mana gegirl cuba mahu menggongong anaknya
tapi hampa.
sebab sudah tidak bernyawa.
sayu.
sebab mungkin gegirl tak mengerti bahawa anaknya memang sudah tiada.
sayu.
sebab anak gegirl tak sempat mengenal dunia.
dan
sayu.
sebab, aku tak dapat lagi melihat telatah dan mendodoi si comel itu.
p/s: tsk,tsk. saya tak mampu melihat drama itu berterusan. tanpa ditahan, terus memecut ke destinasi tujuan.
sayu.
Posted by
farahiyah radzali
Thursday, November 24, 2011
Labels: frOm da heaRt , Sok-sek
0 ARGUEMENT:
Post a Comment