alhamdulillah, cik chenta saya telah selamat jumpe 'doktor'. dan alhamdulillah atas segala rezeki kurnianNya. cik chenta akan ikut sy balik jb, kalau ikutkan hati mmg takmo tp mereka insist. takut ade, risau pun ade. InsyaAllah, takde pape kot.
marhaban ya Ramadhan, ahlan wa sahlan ya Syawal. Saya pasti merindukan Ramadhan. kadang-kadang terfikir juga akan berjumpa lagi ke saya dengan bulan di dalamnya ada hari yang lebih baik dari seribu bulan. saya rindu amalan-amalan di bulan Ramadhan itu. Saya berdoa semoga diberikan istiqamah dan kekuatan untuk menghadapi hari mendatang.
Syawal, sudah menjengah 5 hari. sungguh pantas masa berlalu. saya memohon maaf kepada semua atas segala salah silap saya yang dilakukan samada dalam sedar atau tidak. saya ikhlas memaafkan semua. kita hanya manusia biasa yang alpa melakukan kesilapan. meraikan Syawal bagi saya tahun ini hanya ala kadar sahaja. saya lebih kepada rasa mujahadah menyambut kemenangan berpuasa yang takde la sampai sebulan tu pun (huhu~. ke mungkin bila berlaku peningkatan usia begini rasenye? haha.
syawal inilah sebenarnya bulan penyatuan. syawal inilah yang menemukan dan berhimpunnya sanak saudara. syawal jugalah tempat untuk bertanya khabar berita (erti kata lain, bergosip~ huue) dan menghupdate segala cerita. macam-macam berita dan cerita saya terima di bulan syawal. bagus juga, me'wrap up' segala-gala untuk setahun punya cerita. owh, contohnye.. kazen saya lelaki yg sebaya itu sudah bertunang. dan kazen lelaki lagi satu itu sudah bernikah tapi kenduri kemudian di mana kejadian nikah itu hari yg sama berlaku pertunangan kazen yg satu lagi. kazen saya yang berkahwin tahun lepas sudah pregnant, dan kazen yg satu lagi pregnant anak kedua. lagi, mak cik saya yg bongsu itu keluar kereta baru (dia kan doktor, jadi takpe la mahu tukar kereta selalu..ade ayat unsur-unsur iri hati ke?) ade lagi macam-macam cerita yang tak dapat nak kongsi. tapi syawal memang semeriah ini.
p/s: air mata syawal saya gugur bila atok mendoakan jodoh yang terbaik untuk saya. sebab itu saya sayang dia sangat-sangat. dia tidak memberi apa-apa, selalu mendoakan yang terbaik untuk saya, anak-anak serta cucu-cucunya.
salam syawal
Posted by
farahiyah radzali
Saturday, September 3, 2011
Labels: cik chEnta* , frOm da heaRt , Sok-sek
0 ARGUEMENT:
Post a Comment