60 Earth Hour



yup, Earth Hour. walaupun tutup lampu dan karen selama sejam tapi memberi impak yang besar. melawan isu global warming akibat kesan haba melampau, jadi semua haba-haba itu dihentikan selama 60 minit sebagai tanda menyokong usaha pelbagai pihak NGO.

lewat kempen itu, aku dan semua housemate menyokong penuh. kami bergelap selama sejam yang dimulai dengan kiraan countdown dari 8TV. ditemani cahaya sebatang lilin, kami duduk di ruang tamu mengahayati kegelapan malam dan merasa kesejukan udara dari luar. ternyata, malam itu sejuk. nyaman. segar. selesai sahaja tempoh 3600 saat, semua berlumba-lumba meniup lilin hari jadi. *ketawa*. layankan sahaja karenah si wanita yang agak matang usianya.

p/s: gelap. kadang-kadang menberikan ketenangan.

Concorde KL, free!



last friday, dapat la merasa menginap semalaman kat Concorde Kl..huhu. Sampai sekarang terbayang-bayang keempukan comforter diorang..hehe. rasa macam tak nak balek je. dapat berendam dalam bath tub pun agak best.. yiipeee!! tapi tu la, aku dapat rasa sehari pun ok. not bad, berbaloi la dgn harga bilik tu. Thanx to abah sbb bg tido kat bilik.hehe ;) Thanx to akib + mak jugak sebab turun KL. walaupun sehari je kita spend time together tp its valuable. nway, aku dapat 'souvenier' free dari Concorde KL ~ lebam di kaki akibat jatuh dalam bilik air. haha!


p/s: kalau dapat concorde executive suite mesti best kan... \(^.^)/

Hadapi dengan positif

ya, terima kasih kepada yang prihatin.
akan ku hadapi semua dengan positif.

tersentuh pula dengan kemunculan blog baru versi bahasa malaysia dari parlor. dari dia aku merasakan, aku kena hadapi semuanya dengan positif. bak kata pensyarah dalam class AUD571, semua ni asam garam kehidupan. kena hadapi semuanya dengan positif.

p/s: kata-kata ekstrem akan dikurangkan. (- -")

kebenaran itu sakit.

aku paling benci orang menipu.
sebab bila dapat tahu kebenaran, ia pasti sakit.

aku baru dapat tahu kebenaran.
memang sakit.
ya, dia tipu.

*tsk.tsk.tsk*
*10 tahun bukan masa yang singkat.aku benci dia!

p/s: kenapa la aku bukak friendster tadi!.

Noodle Station

last weekend, jalan dengan cik wa..sekadar menjadi peneman mencari sesuatu yang sangat pasti. penat dengan misi itu, kami makan.

Tempat : Noodle Station, SACC Mall
Harga : agak ok,. (cik wa yg blanje aritu.hehe)
Makanan : bukan setakat mee, western food + nasik pun ade.
Minuman : mmg bnyk giler choice. sampai xtau nk pilih yg mane.
Dekorasi : agak unik. lampu betul2 atas kepala. view kitchen agak jelas, sampai leh ngorat chef.hee~

p/s: penat! tapi berbaloi.

my best shot!



p/s: just love to see her~

[ confession + rejection ]

semalam aku buat konfesi pada dia.
ternyata macam dah dapat agak konklusi yg bagaimana.
rejeksi yang aku dapat.

ya, mugkin itu yang terbaik buat aku.
mungkin dia bukan jodoh yg ditentu.

.hari ini, agak sedih.
tapi takpe, hidup perlu diteruskan.
fikiran kena positif.

nampak nya masa bersendiri lagi akan bertambah panjang.
nak pecah rekod jadi 5 tahun.
boleh tak?

mungkin rejeksi adalah sakit,
tapi untuk melakukan konfesi memerlukan kekuatan.
ya, akhirnya aku kuat untuk itu.
seperti kata dia,

"kamu kuat untuk konfeksi bermaksud kamu mencapai satu tahap yang tinggi dalam diri.berjaya membina keyakinan itu adalah lebih penting"


p/s: rasa macam nak nangis, tapi air mata tak mahu keluar. mungkin istiharah 2 minggu sudah memberi petunjuk bahawa dia memang bukan untuk aku. | untuk kamu, selamat ulangtahun kelahiran yang ke-23 |

alhamdulillah

Audit Seminar 2009 semalam selamat selasai. Flow of event agak ok tapi delegation of duties aku bagi markah 0. Pengarah Prijek & Main Committee patutnya briefing semula scope of work sebelum event bermula. Manenya, majoriti committee datang lambat jadi kerja setiap volunteer semua jadi redundant. Baliik-balik orang yang sama yang kena buat kerja orang lain. tapi tak boleh nak kata ape la, event pun dah berakhir and Dr Kalsom pun nampaknya gembira dan satisfied dengan event tu. Siap salam-salam cium pipi lagi.. hee~

p/s: letih~ .semalam tido awal pun rase macam tak cukup.

buku best!



Tajuk : Riwayat Bidadari Syurga
Penulis : Munif Ahmad (ala,abang kumpulan Hijjaz tu.. ;)

* citer buku nie agak interesting la jugak. especially kalau nak mengenal sejarah wanita-wanita Islam yang agung. kalau selama ni kita selalu dengar lagu Zinnirah, Aisyah Umaira, Rabiatul Adawiyah tapi sekarang dah boleh tahu siapakah mereka semua. buku ni menyingkap sedikit sebanyak kisah kehidupan mereka dan contoh tauladan yang perlu diikuti seluruh wanita.

peace!

p/s: terima kaseh wa kerana memperkenalkan buku ni~

doa cinta

* doa ni dapat kat website www.tentangcinta.com
nampak macam best je,, ~ ^^


Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

pics!


| OIAM, yeay! |


| K.A.M.I |


| OIAM 2 on stage |


| Ahmad Izham Omar & family,, \(^.^)/ |


| ESTRELLA on show |


p/s: aku terpesona saat terlihat Ahmad Izham Omar.. ~ | indah nya dunia~ :)

Kluang! terima kaseh.

Kluang, terima kasih kerana menunggu aku. ;)

terubat juga rindu pada tanah tumpah tempat kelahiran sendiri. walaupun cuti dalam dua hari je, tapi semua rindu terubat. cuma balik aritu tak sempat tidur dgn teman tidur ku yang seekor itu. terpaksa tidur bersama emak sebab abah takde gi out station.

cadangnya nak pegi tengok wayang dengan emak hari sabtu, tapi rancangan tak menjadi sebab last minit kena hantar abah pegi airport kat senai. aku pulak sibuk-sibuk kecek kat abah suruh belikan banyak x99 souvenir bila balik nanti. walaupun aritu dia dah bawak balik satu, tapi aku nak version yang lain pulak.. gatal kan? .biasa lah,anak perempuan dia ni saja seorang. :)

yang paling best, bila balik kali ni aku tak payah pegi berperang.. :) .sgt seronok dan agak tenang,,. naseb la makhluk tu tak keluar time aku balik aritu. aish,, kalu tak penat la aku nak berperang dengan mereka.. huhu~

balik, mak bungkuskan buah-buahan. mak kata abah dapat hamper penuh dengan buah. jadi disebabkan kat rumah takde orang, maka aku lah yang kene bawak balik semuanya. berat wOooo~

p/s: rindu aku pada orang Kluang itu saja yang tidak terubat~

WARNINGS

This Blog is the original thought of the writer. Any dissatisfaction will not be entertain.