Duhh !!

Kucing saya pregnant,,
Saya baru dapat tau semalam.


p/s: Banyak nye kucing !!

An Outbreak!!

13/11/2009


Saya bercuti di kampung nenek saya di Felda Ayer Hitam selama seminggu. Nenek sudah banyak kali mengajak saya ke rumahnya dan kali ni saya nekad untuk pergi juga for an outbreak !!

Seminggu saya di sana rasa macam tak cukup. Nenek dan mak su pun macam tak bagi balik saje bile abah datang jemput.huhu.. Seriously, kalau saya terus berada di sana, mungkin saya dapat menambahkan berat badan.hehe.. mak su dan pak su memang pandai masak,, jadi keje saya ialah makan saja.eheh~ .Bak kata nenek, " Makan la Farah selagi ada makanan kat dapur tu. Takde orang nak makan kat rumah ni.. "

Oh ya.Seminggu saya di sana,saya dan pak su sekeluarga berpeluang ke Air Terjun Gunung Berlumut (tempat yg sudah banyak kali saya ajak mak dan abah pergi tapi mereka asyik sibuk saja padahal takde la jauh manepun dari rumah).Below's the details !! (^.^)v









p/s: Nenek Mun adalah nenek yang paling saya sayang. Walaupun dia agak 'meng-anjing' tapi sebenarnya dia banyak mengajar dan memberi saya nasihat yang berguna.

Happy Birthday To Me

04/11/2009


Secara rasminya saya adalah 23 tahun.


p/s: Terimak kasih kawan2 atas sambutan in advance di Shah Alam 3 minggu lalu.

p/s 2: Kek yg kite tukar hari tu memang sedap,, :) .sayang sebab cik wa tak dapat rase even a piece pun. kan cik wa?

Saya Ada Kawan Baru!

24/10/2009


Saya ada 2 kawan baru yg belum saya namakan lagi.
Mereka sangat comel. Dan mata mereka sangat cantik.
Dan ini bermaksud adik dan kakak dapat 2 adik baru. ;)


































p/s: ada cadangan tak untuk nama mereka? seekor jantan dan seekor lagi betina.

Al-Kisah Bajet 2010

23/10/2009


Saya menonton dan mengikuti sesi pembentangan Belanjawan 2010 di TV3. Jumaat terakhir pada bulan Oktober merupakan hari yg pasti dinantikan rakyat Malaysia yg mahu mengikuti perkembangan ekonomi negara.

Apa yg saya kesalkan, ketika VT pandangan dan komentar dari rakyat Malaysia mengenai Bajet 2010 yg dipaparkan oleh TV3, saya sedih. Ramai rakyat meminta cukai individu dikurangkan dan ada juga segelintir yg meminta cukai itu dihapuskan sama sekali. Bagi saya yg mempunyai sedikit pengetahuan mengenai ekonomi dan kewangan, mereka memberikan pendapat tanpa berfikir.

Banyak komentar dari pakar ekonomi menyatakan supaya jangan terlalu berharap mnegenai pengurangan kadar cukai apatah lagi penghapusannya terus. Bagi saya, cukai adalah sumber pendapatan negara. Cukailah yg menjana pembangunan dan perancangan untuk kesejahteraan rakyat.

Peratus cukai individu ketika ini sebanyak 27% dan saya rasa tidak terlalu membebankan. Ketika menjalani praktikal dahulu, saya sering terlibat dalam kes-kes percukaian individu. Secara puratanya seorang individu akan membayar RM300++ (amaun yg boleh dikatakan rendah tp bergantung kepada sumber pendapatan tahunan individu dan pengecualian yg layak diberikan). Jika kita lihat amaun itu secara sekaligus pasti terasa berat untuk membayarnya. Tetapi LHDN memperuntukkan potongan gaji berjadual untuk cukai individu. Jika dibahagi 12 bulan sekalipun, cuma RM20++ sahaja yg akan dipotong. Nah, bagai tidak terasa bukan. Malah, jika bernasib baik jumlah amaun cukai yg sepatutnya dibayar adalah kurang dari yg dijangka, LHDN akan memulangkan lebihan wang. Tiada siapa akan rugi, cuma lambat atau cepat sahaja tempohnya.

Walaupun saya masih belum layak untuk membayar cukai, sebagai rakyat saya pasti akan melaksanakannya suatu hari nanti. Impaknya bukan untuk saya sahaja tapi untuk semua rakyat Malaysia.

**Apa yang menarik di dalam Bajet 2010

1. Diskaun 50% KTMB untuk pelajar bermula usia 13 tahun sehingga masih bergelar pelajar.
2. RM500 pengecualian cukai individu untuk bayaran bil Broadband.
3. Kadar cukai pendapatan individu dikurangkan 27% ke 26%
4. Pelepasan diri ditambah RM8000 ke RM9000

p/s: saya paling marah dengan cakap2 ‘orang-orang’ yg tidak puashati dengan dasar+pentadbiran kerajaan, walhal dia bukanlah pembayar cukai dan bukan juga pengundi di pilihanraya.

Alumni UiTM

Alumni UiTM

19/10/2009

Alhamdulillah, saya sah menjadi Alumni UiTM. Istiadat Konvokesyen ke-71 di UiTM Shah Alam menjadi saksi bahawa kini saya adalah seorang graduan.


























Oh ya, sejurus sebelum berkumpul untuk perarakan masuk graduan ke dalam dewan, saya bersama abah dan emak untuk membantu saya memakai jubah graduan.hehe.Amat kelam kabut terutama bila kami berbalah mengenai cara pemakaian mortar board. Mereka mahu saya kelepet tudung padahal kata saya, tudunglah penting sebab nanti tak cantik. Jadi, inilah hasilnya. :)














1. Cara pemakaian mortar board yg dicadangkan abah dan mak. Saya teruskan begitu sehingga ke pentas graduasi.
2. Cara pemakaian mortar board yg dicadangkan oleh saya. Saya pakai begini setelah turun dari pentas.hehe.(ayah saya marah betul bila saya pakai begitu)


p/s: *undefined*

p/s 2: oh ya, saya amat tidak suka gambar konvo saya yg diambil pihak universiti. SANGAT TIDAK CANTIK!!

Kluang macam mana?

12/10/2009


Seorang kawan bertanya kepada saya.
"Kluang macam mana?"


Oh ya.
Kluang sekarang tengah panas.
Kluang belum hujan lagi.
Sudah seminggu.


p/s: saya rindukan hujan di Kluang,,

Lepas.

28/09/2009


Saya rasa saya sudah melepaskannya.

Setelah sekian lama, saya mampu akhirnya.

Saya mahu senyum. (^.^)v


p/s: Orang kata, let gone be by gone. saya percaya pada itu tapi dengan pinjaman masa.

Aidilfitri 1430H

26/09/2009


Aidilfitri tahun ini saya dan keluarga menyambutnya dalam keadaan sederhana. Menariknya tahun ini saya sepenuh masa berada di rumah dan pertama kali membuat kuih raya sendiri. Seriously, keluarga saya tidak pernah membuat kuih raya sendiri. Selalunya beli sahaja.

Tapi tahun ini saya mahukan kelainan. Saya sendiri yg membuat kuih raya. Jadi, untuk permulaan saya membuat 2 jenis sahaja - choc chip cookies + biskut kacang mazola. (saya pilih kuih ini sebab saya yg suka makan. manalah tahu kot2 kuih tu tak jadi dan sayalah yg akan menghabiskannya.hehe)

Alhamdulillah, kuih saya menjadi.. yippie!! (^.^)v Sehingga bakal chef kesayangan mak pun puji kuih yg saya buat. Jadi, pasti tahun depan jika tiada aral saya pasti akan buat lagi. Peace! ^^







p/s: Choc chip cookies itu sudah habis 2 minggu raya sebab kami sekeluarga asyik melantaknya.huhu.

Dia Datang!

25/09/2009

My childhood friend datang beraya rumah saya.
Encik, terima kasih kerana datang. :)

Saya tak sempat membuat kunjungan balas ke rumahnya.
Dia kata mak dia rindukan saya (kami membesar sama2, mestilah mak dia rindukan saya,, kan?kan?)


p/s: semasa posting ini dibuat, saya masih belum ke rumahnya. mak dia asyik takde rumah saje bila saya nak datang.huh!

Semua orang ada rahsia

01/09/2009

Saya menonton "Kami The Movie" sudah 3 kali.
Dua kali di pawagam, sekali di 8TV sempena tayangan Merdeka.
Tapi masih menangis.

Saya tak tahu kenapa begitu.
Tapi saya rasa cerita itu begitu dekat dgn hati.
Dekat dengan kehidupan realiti.

Saya sangat berkesan pada karekter ABU.
Seorang yg prihatin.
Dan dia kata "Semua orang ada rahsia"
Mahu diluahkan tapi takut akan risiko.

'HIDUP INI MEMANG PALAT, TAPI ESOK MASIH ADA'


p/s: saya terus hidup dgn kata2 itu.

WARNINGS

This Blog is the original thought of the writer. Any dissatisfaction will not be entertain.