26/09/2009
Aidilfitri tahun ini saya dan keluarga menyambutnya dalam keadaan sederhana. Menariknya tahun ini saya sepenuh masa berada di rumah dan pertama kali membuat kuih raya sendiri. Seriously, keluarga saya tidak pernah membuat kuih raya sendiri. Selalunya beli sahaja.
Tapi tahun ini saya mahukan kelainan. Saya sendiri yg membuat kuih raya. Jadi, untuk permulaan saya membuat 2 jenis sahaja - choc chip cookies + biskut kacang mazola. (saya pilih kuih ini sebab saya yg suka makan. manalah tahu kot2 kuih tu tak jadi dan sayalah yg akan menghabiskannya.hehe)
Alhamdulillah, kuih saya menjadi.. yippie!! (^.^)v Sehingga bakal chef kesayangan mak pun puji kuih yg saya buat. Jadi, pasti tahun depan jika tiada aral saya pasti akan buat lagi. Peace! ^^
p/s: Choc chip cookies itu sudah habis 2 minggu raya sebab kami sekeluarga asyik melantaknya.huhu.
Aidilfitri 1430H
Posted by
farahiyah radzali
Saturday, November 14, 2009
Labels: [ eveNtsSss ]
0 ARGUEMENT:
Post a Comment