Al-Kisah Bajet 2010

23/10/2009


Saya menonton dan mengikuti sesi pembentangan Belanjawan 2010 di TV3. Jumaat terakhir pada bulan Oktober merupakan hari yg pasti dinantikan rakyat Malaysia yg mahu mengikuti perkembangan ekonomi negara.

Apa yg saya kesalkan, ketika VT pandangan dan komentar dari rakyat Malaysia mengenai Bajet 2010 yg dipaparkan oleh TV3, saya sedih. Ramai rakyat meminta cukai individu dikurangkan dan ada juga segelintir yg meminta cukai itu dihapuskan sama sekali. Bagi saya yg mempunyai sedikit pengetahuan mengenai ekonomi dan kewangan, mereka memberikan pendapat tanpa berfikir.

Banyak komentar dari pakar ekonomi menyatakan supaya jangan terlalu berharap mnegenai pengurangan kadar cukai apatah lagi penghapusannya terus. Bagi saya, cukai adalah sumber pendapatan negara. Cukailah yg menjana pembangunan dan perancangan untuk kesejahteraan rakyat.

Peratus cukai individu ketika ini sebanyak 27% dan saya rasa tidak terlalu membebankan. Ketika menjalani praktikal dahulu, saya sering terlibat dalam kes-kes percukaian individu. Secara puratanya seorang individu akan membayar RM300++ (amaun yg boleh dikatakan rendah tp bergantung kepada sumber pendapatan tahunan individu dan pengecualian yg layak diberikan). Jika kita lihat amaun itu secara sekaligus pasti terasa berat untuk membayarnya. Tetapi LHDN memperuntukkan potongan gaji berjadual untuk cukai individu. Jika dibahagi 12 bulan sekalipun, cuma RM20++ sahaja yg akan dipotong. Nah, bagai tidak terasa bukan. Malah, jika bernasib baik jumlah amaun cukai yg sepatutnya dibayar adalah kurang dari yg dijangka, LHDN akan memulangkan lebihan wang. Tiada siapa akan rugi, cuma lambat atau cepat sahaja tempohnya.

Walaupun saya masih belum layak untuk membayar cukai, sebagai rakyat saya pasti akan melaksanakannya suatu hari nanti. Impaknya bukan untuk saya sahaja tapi untuk semua rakyat Malaysia.

**Apa yang menarik di dalam Bajet 2010

1. Diskaun 50% KTMB untuk pelajar bermula usia 13 tahun sehingga masih bergelar pelajar.
2. RM500 pengecualian cukai individu untuk bayaran bil Broadband.
3. Kadar cukai pendapatan individu dikurangkan 27% ke 26%
4. Pelepasan diri ditambah RM8000 ke RM9000

p/s: saya paling marah dengan cakap2 ‘orang-orang’ yg tidak puashati dengan dasar+pentadbiran kerajaan, walhal dia bukanlah pembayar cukai dan bukan juga pengundi di pilihanraya.

0 ARGUEMENT:

Post a Comment

WARNINGS

This Blog is the original thought of the writer. Any dissatisfaction will not be entertain.