saya rindukan perbincangan yg mungkin boleh diibaratkan seperti suratkhabar The Star. Utusan Malaysia dan Berita Harian juga boleh diterima. Tetapi bukan Harian Metro!
saya penat mahu berbincang perkara remeh-temeh. saya mahukan perbincangan yg lebih serius. yang boleh menjana minda. berkisar mengenai perancangan dan masa depan. bukan mahu menghentam pihak itu dan ini. bukan mahu menyalahkan itu dan ini. atau sekadar berkata, "owh" .dan kemudian mungkin akan ditambah dengan kata-kata carutan yg agak bisa bila didengar telinga.(bukan mahu kata bahawa saya ni budak baek yg tidak pernah mencarut. SALAH!. saya sudah puas melalui zaman jahiliah itu semasa saya bersekolah asrama di MUAR ok.)
saya seorang yg mengikut kata. tapi tidak bermaksud jika dieja [a.y.a.m] saya akan terus menyebut AYAM sahaja. pasti saya akan susuli mungkin dengan 'AYAM JANTAN' atau 'ANAK AYAM'. bukan bermaksud untuk berkurang ajar, tp itulah saya. selalu mahukan penjelasan, penerangan dan kepastian. Semasa saya menjalani latihan praktikal lewat setahun yg lalu, bos saya banyak mengajar mengenai skil membuat keputusan. selalu sahaja saya disuruh membuat pembentangan untuk menyelesaikan masalah2 akaun klien kami. disebabkan saya sudah terbiasa, maka saya selalu akan mencari jalan. saya selalu berkata pada otak saya, "sile berfikir ye encik otak" !
p/s: sebenarnya saya sudah insaf untuk tidak 'menganyam ketupat'. tapi dugaan dunia amat berat.sebab itu saya lebih suka berdiam diri dan mendengar sahaja.perkara2 begini mmg xdpt dielakkan.
p/s 2: i miss the university student lifes' :(
sok-sek Metro atau The Star?
Posted by
farahiyah radzali
Wednesday, January 27, 2010
Labels: frOm da heaRt
2 ARGUEMENT:
mari lah berbicara ttg perkara2 yg serius.. anything can talk to me what...
k??
encik, it's a pleasure to have such a nice offer from you :)
Post a Comment