saya rasa hanya mahu menguji saja.
mahu melihat kemungkinan.
mana tahu, jika positif.
jika negatif, abaikan saja.
sebelum menjadi parah.
dan sekarang, memang jelas. - negatif
perlu melihat kemungkinan dan pilihan lain.
dan cubaan lain.
berharap keputusan akan positif.
ye, saya cuba.
jika kali ini tak berjaya serah sahaja pada mereka.
dan untuk negatif itu, diam adalah perlu.
jangan cuba menggangu. sangat perlu!
kerana masa eksperimen sudah tamat.
tamat selama-lamanya.
saya akan cuba untuk kuat. yeay! \o/.
p/s: sudah lama tidak bermain dengan eksperimen~
saya rasa.
Labels: frOm da heaRt
half way
it's been 3 months.
i'm half way to go.
hoping for the strength.
fighting!
gud news, cik wa will be in town.
p/s: life ain't easy.
Labels: Sok-sek
bengang ke bangang
aku yang bengang ke aku yang bangang.
bengang.
menyakitkan hati bila mereka-mereka itu rase mereka-mereka itu sahaja yang betul. yang layak memberikan pendapat. yang layak berkata-kata. yang membayangkan mereka empunya segala-gala. pendapat aku langsung tak nak dengar. langsung tak nak terima. langsung ignore sahaja. langsung memotong apa yang aku cakap. tambah-tambah bila mereka-mereka itu silap langkah sedikit, salah terpelecok sedikit seolah-olah tidak melakukan apa-apa dan kemudiannya mencari sebenarnya itulah salah kita, salah aku.
bangang.
memang bangang lah kalau aku melawan kata-kata mereka-mereka. bangang lah aku kalau tidak mengikut apa mereka kata. bangang lah aku jika tidak menjadi angel yang kunun tahap dewa pijak semut kat lantai pun tak mati. sangat sungguh hipokrit, sangat tidak bebas. sangat sempit.
yang sebenarnya aku bengang sebab aku menjadi bangang.
p/s: apa guna jadi auditor kalau tak boleh memberikan opinion. tak boleh mahu memberikan pendapat, pertanyaan serta mahu membuat perbandingan.
p/s 2: hati, semoga kamu menjadi lebih kuat dari biasa.
p/s 3: saya rindukan cik chenta, kan best kalau boleh tekan pedal minyak kuat-kuat dan jalan laju-laju.
Labels: cik chEnta* , frOm da heaRt
indah khabar dari rupanya
lokasi : xxx hotel, mersing
6 hari saya di mersing, 4 malam bermalam di sana.
sekali pandang, orang itu nampak 'menarik'
dua kali pandang, boleh tahan menarik.
tapi hari ni, rasanya macam tak menarik pula.
hoho.macam siut je.
p/s: cuci-cuci mata, cuci-cuci otak , cuci-cuci hati. :)
Labels: Sok-sek
saya kena..
ini posting yg sepatutnya keluar pd 09/09/2011.
saya kena marah.
saya admit itu salah saya, tapi bukan sepenuhnya.
**saya menangis.kerana kerja.kerana dugaanNya.
dan untuk coming visit, saya takut. sangat takut.
mohon diberikan kekuatan hati dan jiwa.
p/s: letih nak memenuhi 'expectation' semua orang. saya rasa bukan menjadi diri saya sendiri.
Labels: frOm da heaRt , Sok-sek
a dear of mine
2005
dulu teringat kata-kata a dear friend of mine.
" hati aku memang kosong, lain lah kau. hati kau dah separuh "
2007
dan aku berkata-kata kembali kepadanya.
" hati aku dah kosong. macam kau. betul-betul kosong. macam ni ke rasanya? "
dia mengiyakan dan aku menangis dengan dia. dan aku berkata
" boleh tak aku dapatkan separuh hati kau? "
dia membalas
" kalau aku bagi separuh nanti aku nak pakai hati apa? "
aku kata
" kau mintak la derma hati macam kat suratkhabar tu "
satu saat kami gelak.
a dear friend of mine yang bercerita tentang hati kosong dan hati separuh. aku rindu itu.
p/s: perbincangan serius kami mengenai takutnya untuk menghadapi masa depan dan mengatasi permasalahan jiwa.haha! sangat emo~
Labels: Sok-sek
foya-foya at mersing
damn, mane ade foya-foya.
going for an audit visit is not interpret as going for a holiday.
saya rasa mahu demam membuat persiapan for coming one week visit to mersing. tambah-tambah that estate is new to the company. therefore kena la buat general audit review. hell lots of work.
yang sebenarnya, saya lebih kepada takut. takut sebab so many things to cover.
p/s: till the point of this post, suara saya dah jadi serak. works overload~
Labels: frOm da heaRt , Sok-sek
shaky boOm,boom
saya still shaky, even dah nak dekat 2 jam berlalu.
sumpah, saya takkan overtake kenderaan yang bernama lori atau trailer lagi.
padan muka saya sebab mengabaikan pesan mak supaya jangan main-main dengan lori yang besar. hadoii~. padahal memang dah tau tu, jika kamu tak berani sila jangan overtake. takpe la walau kamu macam siput kat belakang lori itu.
.alhamdulillah dan syukur padaNya sebab memanjangkan umur dan menyelamatkan perjalanan saya.
p/s: seyes sangat shaky. saya tak cerita pada mereka pun.takut~
Labels: Sok-sek
salam syawal
alhamdulillah, cik chenta saya telah selamat jumpe 'doktor'. dan alhamdulillah atas segala rezeki kurnianNya. cik chenta akan ikut sy balik jb, kalau ikutkan hati mmg takmo tp mereka insist. takut ade, risau pun ade. InsyaAllah, takde pape kot.
marhaban ya Ramadhan, ahlan wa sahlan ya Syawal. Saya pasti merindukan Ramadhan. kadang-kadang terfikir juga akan berjumpa lagi ke saya dengan bulan di dalamnya ada hari yang lebih baik dari seribu bulan. saya rindu amalan-amalan di bulan Ramadhan itu. Saya berdoa semoga diberikan istiqamah dan kekuatan untuk menghadapi hari mendatang.
Syawal, sudah menjengah 5 hari. sungguh pantas masa berlalu. saya memohon maaf kepada semua atas segala salah silap saya yang dilakukan samada dalam sedar atau tidak. saya ikhlas memaafkan semua. kita hanya manusia biasa yang alpa melakukan kesilapan. meraikan Syawal bagi saya tahun ini hanya ala kadar sahaja. saya lebih kepada rasa mujahadah menyambut kemenangan berpuasa yang takde la sampai sebulan tu pun (huhu~. ke mungkin bila berlaku peningkatan usia begini rasenye? haha.
syawal inilah sebenarnya bulan penyatuan. syawal inilah yang menemukan dan berhimpunnya sanak saudara. syawal jugalah tempat untuk bertanya khabar berita (erti kata lain, bergosip~ huue) dan menghupdate segala cerita. macam-macam berita dan cerita saya terima di bulan syawal. bagus juga, me'wrap up' segala-gala untuk setahun punya cerita. owh, contohnye.. kazen saya lelaki yg sebaya itu sudah bertunang. dan kazen lelaki lagi satu itu sudah bernikah tapi kenduri kemudian di mana kejadian nikah itu hari yg sama berlaku pertunangan kazen yg satu lagi. kazen saya yang berkahwin tahun lepas sudah pregnant, dan kazen yg satu lagi pregnant anak kedua. lagi, mak cik saya yg bongsu itu keluar kereta baru (dia kan doktor, jadi takpe la mahu tukar kereta selalu..ade ayat unsur-unsur iri hati ke?) ade lagi macam-macam cerita yang tak dapat nak kongsi. tapi syawal memang semeriah ini.
p/s: air mata syawal saya gugur bila atok mendoakan jodoh yang terbaik untuk saya. sebab itu saya sayang dia sangat-sangat. dia tidak memberi apa-apa, selalu mendoakan yang terbaik untuk saya, anak-anak serta cucu-cucunya.
Labels: cik chEnta* , frOm da heaRt , Sok-sek