siapa suruh kau tak nak speak up.kalau ya benda itu betul dan kau mampu memberikan bukti dan hujah yang kukuh, sah-sah lah kau ni pengecut.
tidak, aku bukan pengecut.aku cuma malas mahu bekerjasama dengan birokrasi.
akhirnya, kau yang suffer sendiri.(padan muka aku dan kami)
p/s:malas~
speak up!
Labels: frOm da heaRt
alergik la wei~
bila orang suruh kau pilih antara pizza atau kepsi, yang kau gatal mahu memilih kepsi apehal bila kau tahu sebenarnya kau memang alergic kepada ayam kepsi itu walau ianya sedap hingga menjilat jari,
pergh.
memang sudah ku agak.the next 2 days i'll suffer. :(
sah-sah la confirm akan kuar bintik-bintik merah di muka.pastu rasa cam gatal nak garu-garu di bahagian muka.adoi.time ni la aku pulun nak pi pakai bedak sejuk la, krim la, ubat jerawat la..
kau yang makan, akibatnya tanggung sendirik la wei.
p/s: tempting.walaupun tahu akibatnya~
Labels: Sok-sek
grieving~
ya, saya admit saya sedih bila dapat tau amoi purchasing itu mahu berhenti semalam.
ya, saya dalam situasi grieving~
tapi what's the point kalau grieving itu dok di layan sepanjang hari dan akhirnya kerja kita sendiri tak jalan.
kamu jangan mahu kata, eh ko macam tak sedih je amoi tu mahu berhenti.
tipu.
saya cuba mem 'bizi' kan diri hari itu.sebab saya tidak mahu layan perasaan.
bukan niat untuk tidak mempedulikan amoi itu, tapi work is work. ( mungkin kedengaran cliche =P ) .
bila bersalam-salam dgn amoi itu, saya hampir semacam hampir-hampir menitis air mata.sangat terharu dengan segala ucapan dan pesan walaupun saya mengenali amoi itu selama 4bulan sahaja.
p/s: saya serasa mahu gelak bila dia berkata "i like you, such a cute girl and stylish~"
Labels: frOm da heaRt
senyap.
saya senyap hari ini.
office pun senyap jugak.
saya rasa macam nak marah orang hari ini.
tapi orang lain yg marah saya dulu.
jadi lebih baik saya senyap hari ini.
(~sebelum saya marah sesiapa yg menjadi mangsa)
p/s:dull~
Labels: frOm da heaRt
seni berkawan
kata orang, berkawan ada peraturan.
tapi.saya masih tak faham peraturan kilang saya.
"you could not be friend with anyone you like."
ok.adakah kerana mahu menjaga status department atau mahu menjadi department yg independent atau mahu menjadikan orang di dalam department itu secretive atau kerana status dan standard?
let's say kita ambil contoh saya sebagai di dalam account department. saya rasa tidak menjadi masalah kalau saya mahu be friend with a person yg mungkin berada di department Production, atau Store, atau Maintenance, atau Packing. kalau lah kot-kot mereka takut saya akan membocorkan rahsia financial company, saya rasa tidak mungkin punya. takkan memasal orang Store nak tanya "Ea, awak bahagian account kan? boleh tak saya nak tau berapa profit company tahun lepas ye." tak pun "Berapa EPS syarikat kita sekarang ye?" . setakat ni, paling tidak pun soalan mereka bila saya bertembung mahu solat hanya ini sahaja "Kenapa advance lambat sikit ye kali ni?" .selalunya saya akan jawab, "Mungkin dalam sehari dua lagi makcik, bank belum datang lagi.."
saya tak mahu la bila saya berkawan dengan seseorang yg mungkin berlainan department dengan saya, mereka memandang sinis, serong, jeling atau yg sewaktu dengannya.saya tidak mahu main sorok-sorok.
p/s: hide and seek, sometimes interesting but it do need lots of sacrifice.
Labels: Sok-sek
learn how to respect
bagi saya, tak kira siapa kita, apa jawatan pangkat sekalipun - pelajaran mengenai hormat perlu ada.
memang la pada asalnya niat kita hanya untuk mempermainkan atau sekadar menjadi bahan lawak ketawa, tapi dasarnya ~ hormat itu sangat penting. tak perlulah menjadi seperti si Jepun yg belajar tunduk hormat, tp cukup dengan cara layanan, cara percakapan yg mungkin berunsur hormat dan tidak 'kurang ajar'.
saya dalam proses belajar mengenai kehidupan. saya memerhati. memang saya tahu, tidak semua nya saya setuju. manusia dan segala isi dunia.
p/s: kadang2 mmg niat itu hanya sekadar bergurau senda, tp bagi saya kasarnya tetap ada~
Labels: Sok-sek
selamat hari tua!
21/03/2010
kepada encik,
selamat menambah umur lagi setahun.
p/s: (^.^)v
Labels: frOm da heaRt
Republik - Hanya Ingin Kau Tahu
Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku
Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu
Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu
Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku
ow wooo wo wo wo
Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup
Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu
Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu
Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku
Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu
Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku
ow wooo wo wo wo wo wo wo wo wo
Labels: Lyrics
chop!
saya rasa macam insaf.
haha.
ok.mungkin saya betul-betul perlu akhirkan di sini.(serius ni!)
to cik nana, thanks dear for the precious advice. (^.^)v .really appreciate that.and that's what's friend for kan? awk tau mana yg baik dan buruk untuk saya,dan awk berjaya memberanikan diri untuk beri sepatah kata dua nasihat untuk saya.that's really touch me,
to cik nana again, no need to worry much.you get my words.am promise to start a new one. ^^~ (owh, sebenarnya sy lebih suke flirting! hehe. :P ) ~gile player.sbb tu sampai skrg tade yg betul2 lekat. (tibe2 rindu zaman berchenta dulu-dulu kala)hee~
p/s: not more than just friend, promise! o/
Labels: Cerita buDak itu~ , frOm da heaRt
perlukah?
saya berkongsi rasa dgn seorang teman minggu lalu.kami bercerita dan bercerita dan McD lazim jadi lokasi kami (since it open 24 hours).setiap kali bercerita mesti akan terlajak sampai jam 12.~time pass by.
Teman bertanya, "Kau selalu ke ikut mak ayah kau gi function?"
owh ya~. mak ayah saya seumpama public figure di Kluang ini.shame to admit.
saya bukan seorang yg sukakan perhatian orang ramai.jadi, saya jarang sekali mahu mengikut sebarang majlis yg dihadiri parents saya.kalau nampak kelibat saya di mana-mana function pun, itu adalah kerana saya terpaksa.i have to, sebab being a replace untuk ayah saya yg attend function yg lain. that the life that he choose.but its not my style~ .perlukah di sini, hanya kerana saya satu-satunya anak perempuan dan mempunyai siblings yg sedikit perlu diheret kemana kemari.
sampai satu tahap saya berkata TIDAK untuk memberi alasan tidak mahu menghadiri majlis-majlis itu, ibu saya pasti akan berkata, "Nanti orang cakap mak sorok anak dara pulak.."
p/s: Selalu jika saya dan mak saya pergi ke sesuatu function, pasti ada suara yg berkata, "Kak Sal ada anak dara rupanya... " ~.nampak sgt mak saya sorok anak dara dia kan? | still holding on low-profile principle |
Labels: frOm da heaRt , Sok-sek
BERAT SAYA TURUN
Kami beramai-ramai menimbang berat selepas makan tengahari kelmarin. (Apekah motif menimbang berat selepas makan tengahari? ~konpem la berat naik.) Tapi tidak bagi saya. Maken turun adalah. ~sadis sungguh. I try a lot to put on weight.Tapi tak tau la nape maken turun lak. Last 2 weeks saya timbang dan turun sekilo.Dan kelmarin saya timbang lagi, turun sekilo. Lai, lai, lai.~ siapa la yang beli berat saya sekilo itu.. :)
Kemudian saya fikir dalam-dalam. Satu je cara saya mahu naikkan berat badan. Saya kena |B.A.H.A.G.I.A| .It doesn't mean that saya tidak bahagia sekarang. Di sini bermaksud, I have to have someone. Haha. Bunyi macam so f***.
Seriously, berat saya akan secara automatiknye naik.Tanpa dirancang. Jika saya cuba berdiet sekali pun,akan makin naek jadinye.Tapi saya tak pernah berdiet bila saat saya B.A.H.A.G.I.A sebab saya tahu bukan selalu saya boleh dapat berat badan macam tu.hehe.
Bila saya membuat statement, “Akak rasa berat akak boleh naik dgn satu cara je. Akak kena ada boipren.” haha.(sambil tersipu-sipu malu saya)
Cik adik seorang itu pun sudah beberapa kali tanya saya.
“Akak nak yang macam mana? Cuba bagitau saya.”
Susah betul saya mahu menjawab soalan cik adik seorang itu.Bukan bermaksud saya memilih atau ape. Cuma saya takut bila saya sudah menyenarai kriteria, memang sah orang akan kata bahawa saya memilih.
Mata adalah kelemahan saya – Saya selalu jatuh cinta dari pandangan mata. Orang pun cakap dari mata turun ke hati kan?Saya tidak memandang paras rupa tapi saya menilai mata. Bila saya sudah berkenan pada mata dan kening nya, itulah pilihan saya.
Dan selepas itu barulah ciri-ciri lain mungkin akan dipertimbangkan.~ ^^
p/s : cik maen-maen mata ~(^.^)v
Labels: Sok-sek
Nana's Engagement Day
Date : 21 February 2010
Location : Taman Makmur , Kluang
Engaged to : Afiq
hix~ saya nampak kotak Big Apple di situ.. :)
p/s: saya tiada di tempat kejadian ~sobsob.
Labels: [ eveNtsSss ] , klik..klik..
soalan & kenyataan yg cam bangang.
SITUASI 1
Jam sudah pukul 6petang.Saya terkocoh-kocoh bergegas mencapai handbag dan botol air. Dan memastikan sudah menutup PC secukupnya. Saat itu pertanyaan ini yang muncul:
" Hai, nak balik ke? "
**saya memang pantang bila pertanyaan ini yg muncul.kot ye pun nak jadi peramah |atau dgn kata lain, mahu mengorat saya :) |mulut berkata, "a'ah, baru nak balik, hari ni lambat sikit" tp dalam hati sy sendiri menjawab."xlah, baru sampai ni"
SITUASI 2
Waktu tengahari, saya di dalam toilet membersihkan diri mahu solat. Seperti biasanya saya akan gosok gigi.Ok,keluarkan berus gigi, keluarkan ubat gigi.Hamba Allah yg seorang ini mahu minta sedikit ubat gigi.Dan kemudian seraya membuat kenyataan berikut:
" Mintak sikit yea. Kat rumah tadi terlupa nak bawak.. "
**saya sangat tak kisah kalau dia mahu mintak ubat gigi saya.sumpah! banyak kali pun saya tak kisah. tapi tak payah la sungguh2 banyak kali (sudah lebih dr sekali dia mintak dan still buat alasan yg sama)nak buat kenyataan/alasan yg ubat gigi dia tinggal di rumah.kalau ikutkan ubat gigi saya pun tinggal kt rumah jugak.tp yg rumah punya la.
p/s:soalan dan kenyataan yg xleh bla~
Labels: frOm da heaRt
produktif !
semalam saya sangat tidak produktif.
sebab bos saya takde.hehe.
saya begitu sangat malas untuk buat kerja.
(tapi sebenarnya kerja saya sume dah abes)
begitu malas untuk bergerak.
maen Spider Solitaire.
maen internet.
mungkin sebab hari I.S.N.I.N ~(salahkan hari pulak)
tp jangan risau sebab hari2 laen saya sangat produktif.
p/s: owh~ March sudah menjelma.Bulan-bulan selepas ini yg memerlukan sy bekerja lebih gigih lg. (^.^)v
Labels: frOm da heaRt , Sok-sek